Khamis, 12 Mei 2011

~ TUN M HARUS BERTAUBAT NASUHA !!!

assalamualaikum
DR manuty  menasihatkan adalah lebih wajar mantan Perdana Menteri sendiri melakukan taubat nasuha kerana beliau yang sebenarnya menjadi punca kepada perpecahan bahkan kemunduran masyarakat Melayu. Muktahir ini mantan Perdana Menteri menjadi penyebab maraknya api perkauman dikalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Pada usia senja adalah lebih baik untuk mantan Perdana Menteri banyak melakukan ibadah khusus kepada Allah SWT sebagai persiapan menemuiNya walaupun penentuan umur adalah di tangan Allah SWT. ( karpal singh suh anwar bertaubat bila lagi ?? si kapir tu pn tau makna taubat.. idup mati orang pn dia nk masuk cmpur, masing2 akan mati dr pn sama jgn berat sblah suh NUAR taubat juga lahhh )

Beliau bertanggungjawab memecat dan mengaibkan Dato' Seri Anwar Ibrahim, mantan Timbalan. Perdana Menteri dengan dakwaan fitnah liwat yang ternyata tidak benar. Beliau mengaibkan DSAI dan keluarga di khalayak ramai. Perbuatan mantan Perdana Menteri mengaibkan DSAI dan seisi keluarga adalah sangat bertentangan dengan prinsip dan hukum agama dan tindakan tersebut bertentangan denga norma dan tatasusila masyarakat bertamadun.. Justeru, DSAI mempunyai hak di sisi syariat Islam mempertahankan maruah diri dan keluarga daripada fitnah. Kiranya tindakan DSAI mempertahankan maruah diri menimbulkan perpecahan, maka perpecahan itu adalah hasil daripada pertembungan antara hak dan batil. Demikian penegesan dari sepotong ayat dalam al-Qur'an: "Dan katakanlah: Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah suatu yang pasti lenyap." (al-Isra': 81). 
 ( cakap mcm kalih diri sndri solat hajat kot lama kot menjadi patut la nuar x berani solat hajat sama, nk pertahankan maruah apa dia yg duk makin calar maruh sndri, yg paling teruk maruah agama dan bangsa!! )

   

Mantan Perdana Menteri juga bertanggunjawab merobek unsur-unsur kekuatan bangsa Melayu dari segi bahasa, agama, pendidikan sekolah agama rakyat, kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan ekonomi orang Melayu dan melakukan pindaan persempadanan kawasan pilihan raya majoriti pengundi Melayu sehingga menjejaskan keutuhan politik melayu ( tu reja SPR bila masa tu ubah sana sini ?? ada bukti ka cakap mulut basi ja )

Parti yang didakwa kecil oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada hakikatnya adalah sebuah parti yang lahir pada tahun 1999 dari gejolak kemarahan rakyat kerana kezaliman beliau dan terus mendapat dokongan rakyat pelbagai kaum di Malaysia. Alhamdulillah, parti ini pengaruhnya semakin meluas dan bertakhta dihati rakyat serta berpotensi besar, insyaallah, mengambil alih pemerintahan negara. Inilah yang digeruni oleh Tun Dr Mahathir yang menjadikan beliau sentiasa berada dalam resah dan gelisah. Sewajarnya mantan Perdana Menteri berlapang dada menerima penentuan rakyat dalam merayakan amalan demokrasi.( tun tak takut pn salah laku anwar ibrahim penuh dalam fail kt dalam laci kt bukit aman tu , pengaruh pn x makin luas tu yg ramai pemimpin Pakatan rapuh duk lompat merata tu )
Seandainya DSAI itu rendah kualiti diri dan kepimpinan dalam mata pandangan Tun Dr Mahathir, mengapa DSAI masih terus mendapat sambutan dan sanjungan rakyat di negara ini walaupun dicerca saban hari dan waktu oleh pelbagai pihak menerusi pelbagai media. Beliau juga terus diterima dan dihormati sebagai seorang tokoh pemimpin berwibawa oleh sebahagian besar pemimpin dunia, para 'ulama tersohor, para ilmuan Muslim dan bukan Muslim di peringkat antarabangsa. ( dah anwar kaki belit mmg la akn dapat sambutan lagi tapi x lama dh la tu.. dr x payah susah2 payah angkat org yg nk jatuh dik peribadinya yg teruk nie )

Dr Muhammad Nur Manuty
Pengerusi
Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BIPPA)
 < ustaz pakatan rapuh ??

4 ulasan:

  1. Saya seorang beragam kristian dari Sarawak. Biarpun mati hidup semula saya TIDAK AKAN meyokong PKR, DAP atau PAS. Saya rela tidak mengundi atau membuat undi rosak jika calon BN adalah seorang yang sombong, bongkak, riak ataupun pemalas.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama..Insyaallah Kerajaan BN tidak akan menganiaya penganut KRISTIAN..apa2 kekurangan dan kelemahan boleh bawa berbincang...biar kita semua hidup aman damai tanpa persengketaan!

    BalasPadam
  3. Terima kasih JKKKK Kota Sarang Semut. Semoga keamanan dan keharmonian yang kita kecapi selama ini akan berkekalan.

    BalasPadam
  4. tanpa nama : walaupun kita berbeza agama dan bangsa tetapi kerajaan tetap menjaga kepentingan bersama.. dari permulaan kita kecil smpai besar.. semua kaum mendapat bantuaan yg sama rata..

    BalasPadam