Isnin, 31 Januari 2011

~ Selepas syaitan kelibat Firaun pula ditemui..

(firaun sesat harap maaf )

setengah jam yang lalu pengintip-pengintip paranormal yang x berapa nak normal menjumpai kelibat firaun yang hampir lumpuh di mesir.. akibat dari gila kuasa dan buta perut kelibat firaun itu hampir di lupuskan.. 


hapuskan firaun tersebut kerana bersekongkol dengan israel.. apa punya rejim yang x guna.. berani2 menyiksa manusia yang seagama.. 

~ Kita Mudah Lupa?? ka MELAYU mudah lupa???


kita mudah lupa.. mengapa kita mudah sangat lupa pada sejarah?? lupakah kita yang dulu kita pernah di dijajah oleh british?? pastu jepun dan banyak lagi la.. tapi kita lupa bagaimana kita dijajah satu ketika dahulu..tahu bagaimana jepun jajah tanah melayu?? tau bagaimana??


kita mudah lupa..  pernah tengok cerita leftenan adnan ?? bagaimana ada orang melayu berhimpun ingin tukar pemerintahan pada masa tu yang dipegang oleh british?? so kita melayu pn sokong la jepun sbb yakin jepun lagi baik dari british.. alih - alih dari "makan nasi kita makan ubi kayu.. dari tinggal dalam rumah kita tinggal dalam hutan ".. adakah itu lebih baik?? 


kita mudah lupa.. Kesatuan melayu muda (KMM) yang menyebarkan propaganda ke tanah melayu dan menjadi perisik tanah melayu pada masa tu.. makin bertambah teruk kita masa tu.. jepun menyekat hak bebas bersuara, akhbar mencurigakan diharamkan, so apa ada kt orang melayu masa tu?? baju melayu?? capar?? keris?? kenapa kita mudah lupa?? 


kita mudah lupa.. kenapa kita sebagai orang melayu ingin menukar pemerintahan?? adakah kita yakin pkr lagi baik dari umno yang sememangnya mempertahankan hak orang melayu?? siapa ada dalam pkr?? tian chua?? budak rasa sampai mati pn dia xkan bela bangsa melayu.. so siapa?? anwar?? dah terang2 dia nk hapuskan ketuanan melayu.. ya.. ya.. ya.. budak ada dengar ustaz2 dari pas kata nak tukar kepada ketuanan islam.. kenapa nak guna ketuanan??? 


usah bikin politik la.. asal x guna lain?? ketuanan juga nk pilih.. keagungan kepada islam.. ketaatan dalam islam.. dah xda akai ka?? semua nak celup dan bikin politik.. ada ka dalam umno ada india, ada cina?? xda rasanya.. pernahkah 'ustaz' umno kata undi pas xleh masuk syurga?? kenapa mata hati kita dikaburkan?? pikirkanlah.....


kita mudah lupa.. orang kata bangsa melayu bangsa yang baik, berbudi bahasa, dan pemurah.. ya betul x dinafikan.. sbb tu masa dulu kita bagi kerakyatan kepada kaum lain.. tapi kaum lain ingat x kenang ke jasa kita?? kenang kot.. sbb tu mereka berani cabar perlembagaan, sbb tu mereka berani cabar kedudukan raja-raja, sbb tu mereka berani cabar islam.. kesian nya melayu..  budak rasa kalau boleh dah lama budak lari dari pulau pinang nie... 


kita mudah lupa.. lihatlah bagaimana kejadian di perak.. lim kick siang ikan yang mati2 mahu memerintah perak.. nasib la sbb ada raja2 melayu.. kalau tak anak bapak jadi ketua menteri.. tu pun ada lagi orang melayu yang sangup tidur depan kereta sultan.. kesian nya melayu.. 


so bersediakan kita ingin menukar kepimpinan?? adakah akan wujudnya sebuah negara islam di malaysia??.. jawapan nya JANGAN MIMPI!!!!...




~ Islam Mungkin Diselamatkan


jika tumbangnya rejim hosni mubarak maka palestine mungkin dapat diselamatkan.. tidak dinafikan bagaimana mubarak yang dengan jijik dan keji bersatu hati bersama israel mengepung rakyat palestine.. ia boleh dikatakan dan dilihat ibarat penjara dunia oleh penduduk palestine..

budak rasa mubarak harus berundur kerana pemerintahan nya terlalu kejam.. sehingga menyekat bantuan kemanusiaan untuk palestine.. lihat sahaja bagaimana dengan angkuh nya menutup sempadan gaza.. wahal mesir dikatakan antara negara-negara islam.. kenapa beritu kejam pemerintahan beliau sehingga sanggup melihat islam di perlakukan sebegini.. islam dihina, di tuduh jahat , di siksa dan dibunuh.. 

lihat sahaja bagaimana amerika dengan rakusnya menghancurkan iraq, afganistan. dan negara islam yang lain.. islam terus tunduk dengan amerika ibarat lembu dicucuk idong.. negara arab diam membisu.. sedangkan kita seagama.. persoalan nya kenapa?? berapa sangat duit yang ditawarkan??? sehingga nilai kemanusiaan dipertaruhkan.. zalim3!!.. 

JIHAD!!!!... teruskanlah perjuangan mu wahai pejuang...

Khamis, 27 Januari 2011

~ Ayah Pin kembali ke bumi setelah lama bertapa di langit

KECOH!!! KECOH!!! KECOH!!!!

seluruh malaysia kecoh apabila kelibat ayah pin ditemui.. ayah pin yang famous dengan cerek marmar yang terbesar kt terengganu kembali ke bumi.. jurucakap dari amerika syarikat berkata roket itu dijumpai di sekitar loji pembersihan indah water.. 

kepada pengikut ayah pin usah teruja dan kemungkinan ayah pin kembali ke pluto dalam masa terdekat kerana urusan rasmi..

ketahui ulasan nya dari astro arena.. sbb ayah pin sedang di gym 

Rabu, 26 Januari 2011

~Orang kita - BANGKITLAH WAHAI MELAYU


Petikan kata-kata

Y. Bhg Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary


1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan .

30. ......kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

kat-kata budak kepada bangsa melayu
" Harta benda dan anak pinak itu ialah perhiasan di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan"

(Surah Al-Kahfi: Ayat 46)

~ Anak siapa?? - Takutlah pada Azab ALLAH

aktiviti buang bayi yang ...


( makin bersepah la lepas nie )

anak beruk, anak beruang , anak harimau , anak kucing, anak orang... oittt  anak orang?? pelik2.. budak ada la tinjau surat khabar pagi nie kt ofis seramai 623 anak tidak sah dilahirkan kt terengganu.. tu baru terenganu saja lau kt malaysia nie tatau la berapa ramai.. paling menyedihkan anak orang2 melayu yang semestinya beragama islam.. terutamanya remaja ..  

budak tatau la nak salahkan pihak mana.. nak kata si jantan, si betina pun suka.. so salah siapa?? zaman semakin mencabar.. ini isu akhlak dan moral jangan kita perlekehkan.. seharusnya ibu bapa memainkan peranan2 penting dalam membentuk moral dan akhlak anak-anak.. kenapa hanya melepaskan hanya pada guru-guru..

membuang bayi, melahirkan baik luar nikah, khalwat dan banyak lagi umpama telah menjadi trend masa kini.. jangan kita lupa bahaya azab allah amat pedih rasanya.. persoalan yg budak nak timbulkan ialah jahil kah kita?? syurga atau neraka jadi pilihan?? 


KUALA TERENGGANU: Seramai 623 anak tidak sah taraf dilahirkan di negeri ini tahun lalu, dipercayai akibat pergaulan bebas terutama di kalangan wanita Islamklik sini untuk ulasan seterusnya..



Kalau ditakdirkan Abu Jahal dan Firaun hidup semula di Malaysia nescaya dia pun terkejut beruk. Zaman sekarang canggih lagi pada zaman mereka. Yelahh… 
Sebab zaman jahiliyyah mereka membunuh anak perempuan sahaja dan zaman Firaun mereka membunuh anak lelaki sahaja. Sedangkan zaman kini mereka tak peduli lelaki ke perempuan. Mereka bunuh dengan pelbagai cara. Ada yang dihanyutkan ke sungai, dibakar, disumbat ke dalam lubang tandas, dibuang ke longkang dan dicampak ke tempat pembuangan sampah. - budak melayu seberang

~ Apabila Harimau Bercakap Singa mula Pening Kepala

(Malaysia lebih demokratik)

HAHAHA.. budak rasa pasni keluar la plak singa yang melatah sbb dah nyanyuk.. dulu singapura keluar malaysia sbb kuan yu gak gila kuasa sbb nk memerintah.. lau x napa keluar dari gagasan malaysia?? singapura yang sepatut nya rasa terancam sbb malaysia dh makin maju.. sbb tu diorang berpakat dengan dap untuk gunakan orang melayu seperti anwar and da geng.. sbb geng2 nie gila kuasa gak macam dya.. lagi satu lumrah sesetengah orang melayu nie dengki atas kemajuan bangsa sendiri.. tu x dinafikan..


KUALA LUMPUR 25 Jan. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Malaysia merupakan sebuah negara yang lebih demokratik berbanding Singapura berdasarkan kelebihan hak kebebasan bersuara yang diamalkan di negara ini.

Menurutnya, keadaan itu boleh diperhatikan melalui amalan parti pemerintah negara republik tersebut iaitu PAP yang akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana rakyatnya yang didapati tidak menyokong kerajaan.

Jelas beliau, keadaan itu amat berbeza dengan negara ini yang menyaksikan parti-parti politik tempatan lebih takut kehilangan sokongan rakyat sekiranya mereka bertindak tegas untuk mendisiplinkan masyarakat.

"Parti pemerintah Singapura tidak takut kepada rakyat. Jika rakyat pilih bukan calon PAP, dia akan diheret ke mahkamah, didenda dan dijadikan bankrap.

"Selepas itu dia tidak dapat ke Parlimen untuk membantah perlakuan pemerintah. Jika dia dibenar mengambil tempat di Parlimen, dia tidak akan berani berkata apa-apa," katanya dalam entri bertajuk 'Kaum Melayu Singapura' di http://chedet.co. cc/chedetblog/ hari ini.

Dr. Mahathir dilihat memberikan reaksi terhadap surat pembaca 'Utusan Malaysia' yang menasihatkan bekas Perdana Menteri itu supaya melihat hakikat kehidupan Melayu Singapura di kawasan Geylang Serai di republik itu.

Dalam ruangan Forum semalam, pembaca yang menggelarkan dirinya 'Tan Malaka' antara lain menulis:

"Mahathir tidak seharusnya hanya berinteraksi dengan orang Melayu Singapura hanya di kawasan Orchard Road tetapi juga harus sesekali pergi ke bawah, ke Geylang Serai umpamanya untuk melihat hakikat kehidupan rakyat biasa Melayu Singapura.

"Kita harus menerima hakikat bahawa keadaan mereka (Melayu Singapura) lebih teratur dan lebih baik dari dahulu. Mereka berniaga di gerai-gerai di Geylang Serai dalam keadaan yang selesa dan jauh lebih bersih dan teratur berbanding Kampung Baru di Kuala Lumpur."

Dr. Mahathir menegaskan, disiplin yang ada dalam masyarakat Singapura sebenarnya timbul akibat takut kepada kerajaan Singapura yang kurang demokratik serta menafikan hak kebebasan mereka untuk bersuara.

"Sesungguhnya keadaan di Singapura amat mengagumkan sesetengah daripada kita di Malaysia. Apa tidak, masalah Kampung Baru dapat diselesaikan dengan mudah.

"Pindahkan sahaja penduduk Kampung Baru, dan bangunkan rumah pangsa yang akan diduduki oleh sesiapa sahaja. Seperti hilangnya Geylang dan Pasir Panjang akan hilanglah Kampung Baru," jelasnya.

Selasa, 25 Januari 2011

~ Gempar - Kelibat Syaitan ditemui


Gempar dan sangat ngeri.. kata seorang pakcik dari kampung pisang dengan penemuan syaitan yang melintas di hadapannya.. pakcik tersebut berkata penemuan ini unik kerana syaitan itu ialah syaitan kembar dan layak masuk TV3.. sila klik sini untuk paparan yang mengemparkan dan pasti mengejukan anda..

~ Halal Haram - Mengapa Bertindik??

Remaja bertindik selain anggota telinga - haram!!

HUKUM asal bagi perhiasan sama ada yang berada pada tubuh badan, pakaian atau tempat tinggal adalah halal dan dibenarkan. Ini berdasarkan dalil yang menyatakan tentang nikmat kurniaan Allah kepada hamba-Nya. 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu apa yang ada di bumi kesemuanya.” (Surah al-Baqarah, ayat 29)
Salah satu contoh perhiasan yang diamalkan ialah menindik anggota badan dengan meletakkan barang perhiasan, sama ada berbentuk emas, perak dan berlian. Amalan bertindik menjadi kecenderungan remaja masa kini.
Kebiasaan masyarakat Melayu di Malaysia sejak dulu mengenali amalan bertindik hanya terbatas di bahagian telinga. Namun, masa merubah segala dengan perkembangan teknologi dan pengaruh budaya luar membuatkan semakin ramai bertindik di bahagian selain telinga, seperti di pusat, lidah, bibir dan kening. Malah ia sudah mula melarat kepada golongan lelaki.

Sebenarnya perbuatan bertindik adalah amalan yang sudah dikenali pada zaman Rasulullah SAW.

Diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Ibn Abbas katanya: “Pada suatu hari raya, selepas Baginda Nabi SAW solat dan berkhutbah, Baginda menuju ke kawasan perempuan dan memberi tazkirah khas kepada golongan wanita. Sambil Baginda SAW menyeru supaya mereka semua bersedekah. Ibn Abbas mengatakan bahawa: Aku melihat mereka mengisyaratkan kepada telinga mereka dan leher mereka. Lalu menyerahkan (barang perhiasan mereka) kepada Bilal.”

Dalam hadis berkenaan, isyarat yang diberikan wanita (sahabiyyah) berkenaan adalah anting-anting. Ia perhiasan diketahui umum sejak dari zaman awal Islam dan perhiasan ini khusus kepada golongan wanita. 
Disebabkan itulah golongan lelaki dilarang daripada menindik telinga mereka kerana ia dengan jelas menyalahi kebiasaan perhiasan bagi lelaki. Lelaki yang menyerupai wanita dengan mengenakan perhiasan wanita adalah suatu yang dilarang dalam Islam.

Itu permasalahan menindik telinga. Bagaimana pula mereka yang menindik di kawasan selain telinga? Perbuatan menindik selain dari kawasan telinga tidak pernah didengari pada zaman Nabi dan salafussaleh. Namun ia bukanlah jawapan yang menunjukkan keharusan amalan ini.

Walaupun tidak dibincangkan secara khusus dalam nas jelas, namun perkembangan fiqh Islam tetap berkembang dalam menjawab setiap persoalan baru yang timbul hasil ijtihad ulama semasa.

Islam mendatangkan kaedah umum dalam etika berhias antaranya perhiasan yang dikenakan mestilah tidak digambarkan seolah-olah meniru atau menyerupai orang kafir dan golongan fasik.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang menyerupai suatu golongan itu, maka ia tergolong daripada golongan berkenaan.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dari Ibnu ‘Umar) 

Larangan keras terhadap perbuatan meniru orang kafir sama ada dalam ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan dan ibadah bukan saja mengkhususkan kepada menyerupai orang kafir, termasuk meniru perbuatan orang fasik (iaitu orang yang biasa melakukan maksiat). 

Jelasnya, amalan bertindik selain anggota telinga adalah amalan diambil bukan daripada golongan solihin. Ia budaya negatif remaja di Barat yang jelas jauh dari adat budaya tatasusila seorang Muslim. Islam melarang meniru kebiasaan dan gaya hidup orang lain tanpa membawa manfaat jelas.

Tambahan, menyeksa diri dan dibuktikan boleh memberi kesan sampingan terhadap kesihatan tubuh badan dan mampu mendekatkan pelaku dengan jangkitan penyakit seperti Hepatitis B.

Permasalahan mengenai tindik sudah dijelaskan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang menyatakan perbuatan berhias secara aneh dan berlebih-lebihan seperti bertindik anggota badan selain cuping telinga adalah dilarang oleh Islam.

Selain bertindik, remaja kini juga gemar bertatu dan melihat perbuatan itu seolah-olah tidak menjadi kesalahan dari sudut pandang agama. Mengukir badan sendiri dengan melakarkan corak atau bentuk tertentu sehinggakan kesakitan dianggap satu kepuasan. 

Bahkan ada yang berbangga memiliki tatu di badan dengan mempertontonkan kepada orang ramai sedangkan ia membawa imej seorang Muslim. 

Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam mengatakan, bertatu di badan adalah perbuatan yang dilaknat oleh Rasulullah SAW.
Bagi yang sudah tergelincir dan ingin kembali ke pangkal jalan, timbul pula persoalan untuk menghilangkan tatu yang ada. Ada segelintir yang menyeksa tubuh badan mereka semata-mata untuk menghilangkan tatu. Malah, ada yang menggunakan seterika.

Memang benar taubat dapat menghapuskan dosa, namun taubat juga perlu bertepatan dengan caranya.

Jika menanggalkan tatu itu mendatangkan kemudaratan atau membuatkan anggota badan nampak jelik, maka harus membiarkannya dan memadai dengan taubat (baik lelaki mahupun wanita).

Ini pandangan Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam kitabnya Fathul Bari. Pandangan ini juga dinukilkan dari ulama semasa iaitu Dr Muzzamil dan bekas Mufti Kerajaan Saudi, Syeikh Abd Aziz bin Baz dalam fatwa beliau. 

Pandangan ini bertepatan firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan.” (Surah Al-Baqarah, ayat 195)
Namun, tatu itu tetap wajib ditanggalkan jika ada teknologi yang dapat menanggalkannya dengan mudah dan tidak mendatangkan mudarat. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Allah tidak membebani seseorang sesuai dengan kemampuannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 286) 

Tidak kira zaman mana pun kita, etika berhias terbaik adalah pakaian takwa. Semoga dengan mengikut suri teladan terbaik iaitu Baginda Nabi SAW, membuatkan kita terselamat daripada segala kecintaan melebihi dari cinta kepada Baginda.


~ kita orang bertamadun, tetapi mengapa pemikiran kita mudah dijajah ?? budak berharap pada golongan remaja2 melayu cepat menginsafi dengan perbuatan ini.. kerana melayu asas agama nya ialah islam.. - budak melayu seberang.

~ INi Tanah MELAYU - siapa patut BERAMBUS??

 "sedaq la ang tu menumpang "


budak dengar cerita rancak khalifah nie dok halau melayu dari pulau pinang.. khalifah ooo khalifah x sedaq ka yang hang tu pn duk menumpang?? jangan sampai hang pun kami halau.. aritu kedai moto, arini kedai makan, esok plak?? kedai wat keranda.. hahaha.. " pasni lau mati pakat cari kedai wat keranda sbb kat penang abis kena tolak"

ada la komen kat blog budak nie yang kata melayu pulau pinang nie dah lama kena jajah ngn geng2 kongsi gelap nie.. so dya kata BN pn sama ja dan dya pn bela ayah angkat dya LGE.. budak amat sedih la sebab yang kata tu seorang guru sekolah rendah.. duk makan duk kerja dengan kerajaan tapi tentang kerajaan.. x haram plak duit tu.. hahaha.. selalu semua kita salah.. duit kita dya makan gak.. 

budak nak tanya la.. kalau kata dulu kami orang2 umno/bn nie jahat.. tapi kenapa persoalan tindakan kami yang lama sedangkan perkara yang baru nie x nak ubah.. kalau macam tu budak nak umpamakan kalau kami jahat, orang2 dap/pas/pkr kena lagi jahat la?? singkat sungguh otak orang2 macam nie.. x perbaiki tapi korek kisah silam ikut macam taiko LGE masa dulu2 baru perintah pulau pinang cari salah kerajaan lama.. 

so budak nak tanya betul ka kami nie jahat?? tapi kenapa orang2 pas/pkr/dap lagi jahat dari kami.. sebab dapat tiket masuk syurga awai ka??