Ahad, 29 Mei 2011

~ HIMPUNAN VIDEO-VIDEO PEMIMPIN PAS YG DIJAMIN MASUK SYURGA ??




ulamak dari umno jijik patut di hina , di cacimaki, dikatakan setan, dihina nama dan banyak lagi...inilah realiti ulamak pas mereka lebih maksum dari segalanya..  tapi ulamak pas x boleh nk tegur usik pun jangan!!

ustaz kazim marah azli taliban
video klik sini

azli taliban hina nama mufti perak sbgai haramsani
klik sini

mufti perak berdengung?? tu dia punya maksum nya pemimpin - pemimpin pas neh.. badrul amin dan tau ka syurga neraka dia neh?? 
video klik sini

badrul amin ulamak ka dia nie?? perangai mcm adk beradik setan dh kot..
video ulamak Pkr setankan mufti perlis dia punya setan x kira..
klik sini

PEJUANG REVOLUSI 1957 : TUDIA MACAM NIE PUNYA PERANGAI NAK BAWA AGAMA ISLAM?? DASYAT-DASYAT PEMIMPIN PAS NIE.. TAPI KALAU DEPA KATA KT UMNO X PAYAH MINTA MAAF PUN SYURGA DAH DALAM GENGAM.. HIPOKRIK PUNYA PEMIMPIN.. PEMIMPIN MCM NIE NK DIANGKAT SEBAGAI ULAMAK?? 

~ USTAZ KAZIM MARAH SURUH PENAMPAQ NIK AZIZ KERANA PERSENDA NABI



kalau tunjuk video nie bagi orang pakatan  tengok.. wajib2 depa putaq cerita.. kata lorat hampa x paham la.. jgn hina ulamak la.. maklumlah ulamak pas semua maksum.. syurga masuk pas saja.. aduuhhh.. sesat lagi menyesatkan..


jaminan syurga selepas mengucapkan kalimah syahadah bukan sbb masuk parti politik pas.. orang - orang masuk Pkr x merasa la hampa syurga.. sbb x masuk pas.. hahaha.. skrg pun dap dah x percayakan pas cuma pas ja buat duk angkat sakan pemimpin dap tapi x sedaq dap nk ambil melayu sokong dap.. kenapa bukan sokong pas?? sbb dap pandang pas sebelah mata ja..

tonton video
klik sini 

~ SEJUTA BELIA BUAT PEMIMPIN PR TERKEJUT BERUK !!!

gambar pun dah dengan beruk.. mcm mana x terkejut beruk

pemimpin mahupun penyokong pakatan dap pasti terkejut beruk dengan himpunan sejuta belia neh.. manakan tidak nya mereka hanya mampu buat perhimpunan bersih yg kotor untuk menimbulkan kekacauan dalam negara.. kalau nk dibezakan dengan kerajaan UMNO buat aktiviti untuk belia.. mana lagi faedah ye???

lagi terkejut beruk sebab anak - anak penyokong pas , pkr dan dap pun pi putrajaya maklumlah bas free siap ditaja lagi.. hehehe

PUTRAJAYA 28 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak yang amat berpuas hati dengan penyertaan pada Himpunan Sejuta Belia kali ini mahu sambutan lebih besar pada tahun depan dengan sasaran penglibatan dua juta belia.

Perdana Menteri berkata, perhimpunan yang lebih hebat akan dianjurkan untuk mencapai sasaran tersebut.''Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan) ada tanya saya apakah sasaran pengunjung tahun depan yang menjadi petunjuk prestasi utama (KPI) beliau, jadi, kita letak satu sasaran yang lebih munasabah iaitu dua juta belia.
'
Dalam tempoh seminggu, sasaran dua juta belia itu mungkin boleh dicapai. Kita akan buat perhimpunan yang lebih hebat supaya Putrajaya dipenuhi lautan belia dari permulaan Boulevard hingga ke penghujung Boulevard, kita mahu tunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia aman dan stabil," katanya ketika berucap pada Himpunan Sejuta Belia di sini hari ini.

Sementara itu, Perdana Menteri hari ini melakukan tinjauan mesra paling lama iaitu dalam masa separuh hari dan turut menyempurnakan 16 program di sini hari ini.Walkabout yang bermula pukul 2.45 petang menerusi trem itu diadakan sempena sambutan Himpunan Sejuta Belia 2011.

Lawatan Najib itu turut memberinya peluang untuk beramah mesra dengan para belia di sembilan tempat yang dilawatinya.Bermula dengan lawatan ke program sukan lasak, Sasuke Malaysia, beliau menyempurnakan pelancaran aktiviti dari Jepun itu dengan melepaskan juara Jepun, Makoto Nagano menandakan bermulanya cabaran.

Di setiap perhentian, beratus belia berebut-rebut untuk bersalam dengan Perdana Menteri serta mengambil peluang bergambar dengan pemimpin nombor satu negara itu.Dalam lawatan itu, Najib turut melancarkan Program Latihan 1 Malaysia, kad keahlian Ride It Right dan program Sejuta Impian terbitan TV3.

Tarian perang yang dipersembahkan oleh pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan demonstrasi menyelamat tebusan kapal oleh Rejimen ke-11 Gerak Khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menarik perhatian Perdana Menteri

Jumaat, 27 Mei 2011

ROLLS ROYCE JADI HABUAN JIKA SIAPA KATA ANWAR ADALAH PELAKU VIDEO LUCAH TU!!

Orang ramai ditawarkan sebuah kereta mewah jenis Rolls Royce jika dapat membawa seorang yang mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya didakwa sebagai pelaku klip video seks.

Tawaran itu dibuat oleh Pengerusi Parti Kesejahteraan Tanah Air (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim memandangkan Anwar sebelum ini menafikan bahawa dirinya adalah pelaku dalam klip video berkenaan.
Bagaimanapun menurut Zamil tawaran itu akan berakhir 10 Jun depan dan tiga orang panel khas akan dijemput untuk membuat penilaian bagi mengesahkan pelaku itu.

Zamil berkata tiga penel termasuklah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Presiden Kita Datuk Zaid Ibrahim dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan yang juga Senator Dewan Negara Ezam Mohd Nor.
Menurut Zamil, ketiga-tiga panel itu akan dijemput untuk mengesahkan entiti pelaku itu memandangkan mereka merupakan kenalan rapat Anwar.

“Anwar beri kenyataan bahawa pelaku dalam video seks itu bukan dia, muka hanya mirip saya. Anwar sendiri bermati-matian menafikan bahawa dia adalah pelakunya.

“Siapa yang mirip dia kalau pelaku itu adalah dia? Maka parti Kita Kedah nak tamatkan sandiwara Anwar…..dia tidak mahu mengaku sedangkan polis sudah kata video adalah tulen. Tapi Anwar tetap dengan sandiwaranya dengan buat laporan polis yang palsu.
Zamil menjelaskan beliau bertindak sedemikian untuk menamatkan kontroversi yang masih berpanjangan mengenai ‘siapa’ pelaku dalam video seks tersebut.

Beliau turut mencabar Anwar mahupun penyokong setia PKR untuk menampilkan pelaku yang mirip dengan pemimpin pembangkang itu.
“Saya cabar Anwar agar bercakap benar mengenai hal ini. Janganlah sentiasa berbohong sepanjang hidupnya. Hanya penyokong beliau yang masih tidak buka mata sedangkan hakikatnya rakyat sudah bosan dengan perlakuan peribadi Anwar ini.

“Maka saya tawarkan kereta Rolls Rocyce milik saya kepada mana-mana individu yang dapat menampilkan pelaku yang mirip seperti Anwar.
“Saya jemput penyokong-penyokong setia PKR serta Anwar sendiri untuk tampilkan pelaku dalam video seks itu sebagai bukti kepada penafiannya,” katanya kepada

~ RASUAH BOLASEPAK PULAU PINANG PUN TERLIBAT !!!


isu rasuah hangat diperkatakan belakangan ini yang makin membarah dan menular dalam sukan bola sepak di malaysia. apakah masalah atau gejala 1994 akan berulang dan adakah fifa satu hari nanti mungkin mengharamkan pasukan bola sepak di malaysia.. 

baru - baru ini sidang dialong antara pasukan harimau kumbang dan kelab penyokong penang panther telah diadakan bagi mengenal pasti masalah yang membelengu pasukan harimau kumbang yang makin terpelosok di dasar liga.. banyak masalah yg dikenal pasti antara kerajaan komunis dap pulau pinang yang tidak membantu seperti Fa kelantan dan kerajaan negeri kelantan serta masalah dalaman pengurusan sndri.. 
- sumber rakan media dan akhbar

ada cakap - cakap mulut yang mengatakan pemain - pemain harimau kumbang mengambil jalan pintas dengan menerima rasuah disebabkan gaji yang tidak cukup dan lambat bayar.. pemain - pemain ini ialah pemain senior sendiri.. hancur lebur hati aku bila mendengar isu rasuah yang melibatkan pasukan negeri aku sndri.. tiap2 minggu aku turun stadium walaupun kalah.. alih2 keputusan dh tau dari awal lagi..

barah atau dikenali sebagai BARUA ini telah merebak sehingga ke akar umbi terutamanya kepada pemain piala presiden pulau pinang!! . malah ada couch dari satu pasukan memohon maaf kerana isu rasuah yang melibatkan pemain nya dengan pasukan pulau pinang..

Liga bola sepak negara gempar pada tahun 1994 dan 1995 apabila lebih 120 pemain, jurulatih dan pegawai disiasat polis kerana dakwaan mengatur keputusan perlawanan bola sepak menyebabkan 64 pemain dan jurulatih dikenakan tindakan gantung setahun hingga empat tahun.

apa kata faliq 
rasuah pemain muda pulau pinang

isu rasuah di negeri sembilan

~ HARGA MINYAK TAK BERUBAH , lim WANG eng SEKAU 2 JUTA SURCAJ

assalamualaikum
Sampai sekarang pn ketua menteri mcm bapok tak menjawab lagi mengenai surcaj air yang membebankan penduduk Pulau Mutiara.. ada adun dari umno yang mengutarakan nya maka setan lim Wang eng akan memutar belikkan nya..
video KM bapuk yg suka menipu
klik sini
Isu surcaj bil air yang dikenakan oleh kerajaan regim DAP diketuai Guan Eng kepada rakyat Pulau Pinang sebenarnya banyak MASYUK giler . Ramai rakyat tidak ketahui bahawa sebanyak lebih RM 2 juta telah berjaya dikaut oleh komunis DAP ini sejak pengenalan surcaj dibuat.
Itu tempoh baru dalam 3 bulan sahaja iaitu dari Jan 2011 hingga Mac 2011. Bagaimana sehingga tempih 6 bulan atau 12 bulan?
Dalam masa 3 bulan ini juga , sebanyak 30 % dari pengguna domestik dikenakan . Satu jumlah yang cukup tinggi dan bermakna Guan Eng sudah kaji bahawa rakyat surcaj ini sebenarnya boleh kaut duit buta cukup banyak.
Sudah tentu lah selepas ini bonus staf PBA Holdings serta elaun Board Of Director akan berlambak disebabkan keuntungan syarikat milik kerajaan negeri ini meningkat disebabkan surcaj buta saja dari rakyat dikaut!
Kalau ada ura-ura harga minyak nak naik dan subsidi hendai dipotong , puak-puak Pakatan bangsat ini punya lah hantam kerajaan kerana ia akan membebankan rakyat. hari ini mereka kantoi lagi oleh penipuan yang mereka sendiri lakukan..
Lim wang eng - Pengerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP

undilah PAS untuk DAP berkuasa 
undilah BN untuk UMNO berkuasa

~ PULAU PINANG , PULAU MUTIARA DADAH!!! TAKZIAH GUANG ENG

Assalamualaikum

Walaupun Timbalan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar menolak pendapat yang mengatakan Pulau Pinang sedang menjadi hub dadah negara, namun penjelasan yang diberikannya memang merujuk ke arah itu. Apatah lagi dengan kejayaan demi kejayaan pihak polis melumpuhkan sindiket dadah yang tidak berkurangan bahkan semakin bertambah di pulau yang kini dikuasai oleh DAP dan konco-konco Lim Guan Eng.

Menurut Khalid, penciptaan dan pemprosesan dadah tidak lagi memerlukan tempat yang luas. Asalkan ada kepakaran, ada ruang dan ada sokongan, dadah akan menjadi industri yang sangat besar.

Apabila sesebuah negeri dikuasai oleh DAP seperti Pulau Pinang dan Selangor, sindiket dadah bagaikan memperolehi nikmat yang tidak terhingga. Selangor yang suatu ketika dahulu memerangi pelacuran dan dadah, sekarang ini menjadi syurga, terutama buat penggemar-penggemar maksiat. Pergilah ke mana-mana bandar besar serata Selangor, termasuklah Shah Alam dan Bandar Baru Bangi, pasti akan wujud rumah-rumah urut yang berselindung di sebalik jenama refleksologi yang sebenarnya menjalankan urusniaga SEKSOLOGI.

Maka tidak hairan jugalah bagaimana para pemimpin DAP sentiasa cuba mempengaruhi masyarakat agar melihat polis sebagai agen UMNO. Walaupun mungkin keterlaluan tetapi usaha berkenaan diharapkan akan memberi tekanan kepada pihak polis agar mengurangkan operasi pembanterasan jenayah di kawasan-kawasan yang dikuasai oleh DAP.

Anehnya, ramai yang terpengaruh dengan kempen-kempen tersebut. Mengaitkan polis dengan UMNO nampaknya menjadi senjata yang sangat mujarab buat DAP untuk memperolehi apa yang mereka inginkan. Dan untuk memperlihatkan yang DAP adalah sebuah parti 'baik', sokongan kepada PAS ditunjukkan walaupun ia sebenarnya hanyalah lakonan semata-mata.

Dan perbuatan tersebut ekaligus pada masa yang sama, memberikan ruang yang sangat besar untuk sindiket-sindiket jenayah bergerak bebas tanpa gangguan.


PEJUANG BANGSA : NIE SALAH UMNO GAK KE?? BIASALAH AMAL MUNGKAR NAHI MAKRUF SLOGAN KEGEMARAN PAS UNTUK GUANG ENG!!! BUKAN DADAH JA TU PUSAT HIBURAN CINA SMPAI PAGI.. ADA YG DUK GELEK PAKAI BAJU TAK CUKUP KAIN PUN ADA.. ALMAKLUMLAH PAS KAN ADA.. 

Khamis, 26 Mei 2011

~ REVOLUSI SELAMATKAN PULAU PINANG DARI ANCAMAN KOMUNIS DAP

SEMINAR PERPADUAN ASAS PEMBANGUNAN BANGSA

Anjuran 
UMNO BAHAGIAN PERMATANG PAUH, PULAU PINANG
dengan kerjasama 
YAYASAN PEMBANGUNAN INSAN MALAYSIA
bertempat di
DEWAN BESAR UITM PULAU PINANG
tarikh 
29 MEI 2011 (AHAD)


TAJUK - TAJUK YANG AKAN DIUTARAKAN OLEH PENCERAMAH

SURVIVAL MENUJU KEMERDEKAAN 
Penceramah - YBhg. Kapt. (B) DR.Samsuddin Hj. Moner @ Munir

GAGASAN 1 MALAYSIA
Penceramah - YBhg. Datuk Nasir Safar

KESELAMATAN NEGARA
Penceramah - YBhg. Dato' Hj Rosli Bin Abas

TURUT DIJAYAKAN DENGAN KEHADIRAN
YB Dato' seri Dr hilmi bin yahya
YB Dato Hj Abdul Jalil Bin Abdul Majid
YBhg. Datuk Zainal Abidin Osman

BERSAMA - SAMALAH KITA MENJAYAKAN NYA!!! 

Rabu, 25 Mei 2011

~ PENYOKONG ANWAR NANGIS BILA DENGAR RON95, DIESEL TAK NAIK HARGA


Penyokong dan blogger pakatan pasti menangis bila dengar isu harga minyak kekal.. mana tak menangis merata kampung duk jaja kata harga minyak ron 95 naik.. kesian la yg nk nangis pn pemimpin-pemimpin pakatan la yg nek kereta-kereta mewah sbb ron 97 kui duk naik.. tambah-tambah EX MB Perak yg duk naik camry uhh.. tapi kena lelong dh..

Dalam satu Majlis di Galas hari ini, salah seorang Menteri bertanya kepada hadhirin meminta sesiapa yang menggunakan minyak RON 97 supaya angkat tangan. Tiada satu tangan pun dalam dewan sebesar 300 orang yang angkat.

INi hanya menunjukkan tiada rakyat yang terjejas dengan kenaikkan harga minyak sebanyak 5 sen selitar. Kebanyakkan rakyat menggunakan minyak RON 95 yang tidak naik harga.

Minyak RON 97 yang naik harga hanyalah menjejaskan mereka yang pakai kereta2 mewah atau kereta2 besar berenjin terbaru yang lebih dari 1,800 cc..

kat yang pakai ron 95 tu jangan duk wat hingaq mcm pakai ron 97 la plak noh..

Selasa, 24 Mei 2011

~ HOT!! BLOG GAY BERTAMBAH BAK CENDAWAN TUMBUH SELEPAS HUJAN!!

panas!! panas!! panas!!

isu nie kerajaan patut ambil tindakan kerana blog-blog gay nie dh makin berleluasa dan mungkin akan mempengaruhi minda golongan muda.. sudah la ada pemimpin haprak yg menghalal kan hubungan 'gay' malah blogger-blogger gay makin berlambak.. 

Yahoo! Malaysia Editor : Could Lesbian, Gays, Bi Sexual and Transgender (LGBTs) look forward to a non-discriminatory environment - spesific to them and not other minorities. if Pakatan were to take Putrajaya? Would this move be possible with PAS a part of the federal government? (Yahoo!Newsroon (Malaysia)

Anwar brahim : We recognize importance of family and the institution of marriage. But we should not unduly harass or discriminate other. The answer is through education and PAS accept this view

kenyataan pemimpin gay tu!! ish3

relex dan steady ja pemimpin tu kan.. ini bukan pemimpin ini pelingkop ada lah.. pas tak kata apa pn pasal nie.. punya erat nya persahabatan sampai nama parti islam pn dikotorkan dengan kenyataan jijik tu..

udah-udah la pemimpin tu dh mmg kita kenai dh dengan perangai dia.. ini pulak dengan blogger atau penganut ajaran gay makin meluas dan makin ramai anak muda di malaysia terpengaruh dengan ajaran gay neh..


sini aku listkan contoh2 blogger gay yg tumbuh di malaysia
malaysian gay love
AzlanAzahar.69
kisahlelakigay
sukajantan
gay melayu

jgn lupa isu budak melayu yg kata ' sy gay , sy okey ' tu.. bnyk lagi la!!!.. sori x linkkan pengotor bai.. nabi tak mangaku umat!!!.. taubat taubat laa... 

aku berharap pihak yang berkaitan mengambil tindakan terhadap bacul-bacul yang merosakan agama islam nie turutamanya yang melibatkan anak-anak melayu.. perkara nie dh makin menular dalam jiwa anak-anak muda.. pihak agama islam tolong pantau!!! jgn duk melangut ja..

Ahad, 22 Mei 2011

~ PENYOKONG PAS BOLEH DEMAM PANAS BILA BACA NIE!!!!

Parti Pas yang menjadikan Islam sebagai jenama politiknya menolak keras kerjasama dengan UMNO yang dianggap sekular dan menentang dasar-dasar Islam yang difahami Pas. Pada masa yang sama Pas boleh berkerjasama dengan parti DAP yang ideologi politiknya bertentangan sama sekali dengan Pas. Hanya selepas pilihan raya umum 2008 Pas telah membuka pintu kepada kerjasama dengan parti yang bertentangan sama sekali dengan dasar-dasar Islam Pas.
Bagaimanapun penganalisis politik yang juga penyandang Kerusi Tun Ghafar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Profesor Datuk Zainal Kling, semua parti politik Melayu melihat kepentingan bangsa menerusi kerangka yang berbeza. Tetapi beliau mengingatkan Pas supaya tidak terperangkap dengan pendekatan kesederhanaan DAP untuk memikat sokongan Melayu.
“Pas perlu sedar bahawa kaedah yang digunapakai oleh DAP ini mendatangkan konflik kerana cuba menafikan hak orang Melayu yang akhirnya boleh membawa kepada bergaduh pada masa hadapan,”
 Bagaimana Datuk melihat isu perpaduan Melayu walaupun berbeza parti?

ZAINAL: Dalam konteks ini yang memisahkan perpaduan orang Melayu hanya melibatkan parti politik sahaja. Tapi orang Melayu secara keseluruhannya tidak begitu. Kalau kita lihat dalam konteks orang awam bila melibatkan agama dan ideologi ia tidak memisahkan orang Melayu secara keseluruhan. Hanya pemimpin-pemimpin politik sahaja yang tidak boleh berbincang sesama mereka. Tetapi jika kita lihat di surau-surau ia tidak kelihatan secara ketara. Terdapat ahli UMNO, Pas dan lain-lain yang masih boleh duduk bersama dan berbincang. Saya ingat kebanyakan surau masih begitu keadaannya maknanya dalam konteks orang awam mereka tidak terlalu teruk dalam soal perpaduan. Memang ada sedikit perpecahan terutama pada peringkat awal selepas Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU 12) bilamana penyokong Pas dan PKR merasa sedikit hebat selepas mencapai kemenangan. Mereka memang agak menonjolkan diri.
Namun keadaan sekarang tidak lagi begitu. Maknanya di sini dari sudut orang awam perbincangan mengenai orang Melayu masih berlaku dengan tidak terlampau disekat oleh ideologi politik.

 Masalahnya sekarang paling ketara di peringkat pemimpin politik serta juga melibatkan media masa termasuklah blog dan portal yang digunakan oleh parti politik untuk membincangkan isu Melayu berdasarkan konsep dan kerangka pemikiran parti tersebut. Jika kita lihat di surau perbincangan mengenai isu Melayu dan politik masih berlaku secara terbuka namun tidaklah sampai bergaduh walaupun mungkin terdapat mereka yang berasa berkecil hati. Oleh itu kita boleh lihat berlaku dua tahap dalam perbincangan isu Melayu yang pertama melibatkan pemimpin dan parti politik Melayu dan kedua melibatkan orang awam dan ini berlaku tanpa halangan.

Apakah ini bermakna parti politik Melayu tidak melihat soal kepentingan bangsa melampaui kepentingan politik?

ZAINAL: Tidak begitu, parti politik ini melihat soal kepentingan bangsa dari kerangka mereka. Maksudnya UMNO melihat soal kepentingan bangsa melalui ideologi mereka dan begitu juga dengan Pas dan PKR. Ia masih melibatkan soal kepentingan dan isu Melayu tetapi berbeza kerangka pemikirannya. Jika kita bertanya kepada orang UMNO mereka akan memberi pandangan dari sudut mereka dan begitu juga yang berlaku bila melibatkan orang Pas dan PKR. Isu pokoknya tetap Melayu namun berlaku perbezaan kerana kerangka pemikiran parti berbeza.

Adakah kita boleh menganggap pepecahan Melayu dari sudut aliran pemikiran?

ZAINAL: Kita boleh katakan di sini berlaku perpecahan dari sudut aliran pemikiran politik Melayu kerana terdapat pelbagai aliran. Ada aliran yang dulu sangat Islamik tetapi sekarang tidak lagi seperti Pas pada umumnya. Ini kerana ia sudah menjadi isu politik maksud saya pemikiran yang menyesuaikan diri dengan gabungan dalam parti pembangkang.
Saya fikir dalam pembangkang percaturannya banyak ditakrifkan oleh pemikiran DAP. Ini kerana mereka mempunyai beberapa kelebihan, pertamanya kerana pemimpin-pemimpin mereka terdidik tinggi dalam undang-undang. Keduanya mereka tidak mementingkan penyertaan massa tetapi tertumpu kepada kelompok yang bijak serta mempunyai pelbagai latar belakang terutama undang-undang. Mereka tidak ubah seperti parti pemerintah Singapura, Parti Tindakan Rakyat (PAP). Berbeza dengan parti-parti lain yang mementingkan massa seperti Pas, UMNO dan PKR. 

Oleh itu dari sudut massa ia dijuarai oleh pihak lain dalam pembangkang tetapi dari sudut pemikiran ia dikuasai oleh DAP. Parti ini memikirkan sesuatu isu itu dari sudut ideologi mereka. Itu sebabnya setiap kali DAP meluahkan pemikiran dan idea mereka ia seolah-olah sudah lengkap. Slogan Malaysian Malaysia misalnya ia lengkap dengan aplikasi, alasan, strategi dan implikasinya. Namun sekarang ia sudah berubah dari Malaysian Malaysia kepada Middle Malaysia yang digubal mengikut kesesuaian keadaan. Ini kerana mereka melihat konsep Malaysian Malaysia ini tidak boleh mempengaruhi golongan Melayu dan Bumiputera.

Apa sebenarnya pemikiran yang cuba diterap oleh DAP yang berada dalam pakatan pembangkang sekarang?

ZAINAL: Sekarang ini mereka bercakap tentang soal kesederhanaan melalui Middle Malaysia. Ini bermaksud DAP senantiasa memikirkan mengenai gagasan, pemikiran, serta bagaimana untuk melaksanakannya. Ini tidak berlaku pada parti lain termasuklah UMNO. Seperti yang dilakukan oleh PAP yang sangat menekankan political education. Mereka memilih kepada gagasan yang dipanggil The Third Way. Ia adalah gagasan yang dicipta oleh Sosial Demokrat yang digagaskan di Eropah oleh orang-orang seperti Tony Blair. Namun ia mula diperkenalkan oleh seorang ahli sosiologi yang bernama Anthony Giddens yang pernah mengajar di London School of Economy (LSE). 

Ia menggabungkan gagasan kanan (rightist politic) yang terlalu bergantung kepada pasaran seperti Margaret Thatcher dengan gagasan politik kiri yang sangat bergantung kepada kawalan kerajaan. Maka apabila digabungkan konsep kawalan kerajaan dengan kuasa pasaran, timbullah idea Giddens yang dipanggil The Third Way. Itu yang digunapakai oleh pihak sosialis seperti sosialis demokrat yang terdapat di Jerman, Britain dan banyak lagi yang tidak lagi bergantung kepada konsep seperti Marxist dan komunis

~ LIM KIT SIANG SANGGUP TUKAR IC DR BANGSA CINA KE "BANGSA MELAYU" UNTUK PRU 13????


assalamualaikum 

Inilah hajat nya!! masih ingatkah anda bagaimana lim kit siang sangup melawan kuasa raja-raja melayu untuk berkuasa di perak.. ada pula penyokong-penyokong pas yang sanggup tido di atas jalan raya/rakyat untuk melihat kit siang menjadi MB perak yg berbangsa cina 'convert' melayu ini.. silap silap si nizar pn boleh masuk Dap sbb dialah calon paling layau untuk 'dap' di perak dan paling berani mencabar kewibawaan pas tentang undang2 islam di perak..

Benarkah DAP dan ahli-ahli DAP boleh disokong serta dibuat kawan?
Perak - Limau Purut Enam Serangkai, Buta Perut Tak Ada Akai

Di Perak, tidak sampai seminggu mencapai kemenangan Pilihanraya 8/3/2008, ketua DAP iaitu Lim Kit Siang menunjukkan Belang Derhaka nya apabila secara terang dan berani ingkar arahan Sultan Perak dan menjatuhkan airmuka Baginda Sultan.  Tapi Lim Kit Siang pula dengan bongkak dan takburnya mengumumkan pemboikotan Majlis Angkat Sumpah calon Menteri Besar dari Pakatan nya sendiri, iaitu Nizar dari PAS.


Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa DAP merancang meletakkan calon Melayu bertanding di beberapa negeri dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Katanya, DAP sedang mengenalpasti orang Melayu yang sesuai untuk dijadikan calon bagi bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terutama di Perak, Melaka dan Negeri Sembilan.

"Mereka telah mencari jalan supaya calon-colon (orang Melayu) itu dapat diterima oleh pengundi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Masjid Tanah dekat Alor Gajah hari ini.

Ahmad Zahid, yang juga menteri pertahanan, berkata DAP merancang meletakkan calon orang Melayu di Perak untuk menguasai negeri itu dengan menteri besarnya terdiri daripada calon DAP.

"Ini kerana perlembagaan negeri Perak tidak mengizinkan orang bukan Melayu menjadi menteri besar, oleh itu DAP merancang meletakkan calon Melayu bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri supaya akhirnya menteri besar itu dari DAP," katanya.

Beliau berkata di negeri lain, parti pembangkang itu merancang meletakkan calon Melayu di kawasan yang majoriti pengundi Melayu dan Barisan Nasional (BN) meletakkan calon bukan Melayu.

Katanya strategi terancang itu tidak mustahil untuk dilakukan kerana DAP telah memulakan blog dalam bahasa Melayu berbanding selama ini hanya menggunakan bahasa Inggeris dan Mandarin untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

"Kita menghidu rancangan DAP ini tanpa disedari oleh PAS dan PKR (Parti Keadilan Rakyat), Sebab itu saya ingin mengingatkan PAS dan PKR jangan jadi kuda tunggangan kepada DAP," katanya.

Ahmad Zahid mengingatkan Umno dan parti komponen BN yang lain, supaya berhati-hati dengan taktik secara berstruktur dan sistematik yang dilakukan oleh DAP itu.

"Kita jangan berada dalam zon yang selesa dengan tindakan yang dilakukan DAP, saya ingatkan orang Melayu jangan jadi tali barut kepada DAP, sama ada mereka menjadi calon secara langsung atau rakan yang bersekongkol di bawah pakatan rakyat," katanya- bernama

~ UMNO PULAU PINANG BAKAL HILANG KERUSI ?? MALIK MERACAU JUNJUNG DAP LIM

Umno dan Barisan Nasional (BN) jangan bermimpi untuk merampas kembali Pulau Pinang dari Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum yang akan datang.

“Rakyat negeri ini telah celik dan sedar selama ini mereka telah dibohongi oleh parti pemerintah sebelum 2008,” kata Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malik Abul Kassim pada majlis jamuan teh di padang awam, Permatang Damar Laut, petang semalam.

Menurutnya, PR bukan saja mampu mengekalkan kedudukan 29 kerusi yang telah berjaya dirampas dalam pilihan raya umum ke-12 yang lalu, sebaliknya yakin boleh membolos kawasan yang menjadi kubu kuat Umno dan BN dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

"Kita telah membuat kajian dan penyelidikan mengenai kedudukan kerusi-kerusi yang mampu dimenangi dan ditawan oleh PR dalam pilihan raya yang akan datang.

"Berdasarkan kepada percaturan yang dibuat, PR yakin bukan saja 29 kerusi yang ada dikekalkan milik PKR, PAS dan DAP, sebaliknya kerusi-kerusi Umno yang sudah tidak layak diterajui oleh mereka akan jatuh ke tangan PR," tegas Abdul Malik lagi.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Maung, tidak menolak kemungkinan ini berdasarkan kepada kenyataan sedia ada, di mana rakyat semakin condong untuk menyokong PR jika dibezakan dengan BN.


"Hentakan, serangan bertubi-tubi yang dilakukan oleh Umno dan BN terhadap PR menyebabkan rakyat semakin menolak mereka. Dasar perkauman yang bersifat cauvanis diamalkan oleh BN memberi impak yang negatif kepada mereka.

"Umno dan BN menyedari hakikat penolakan rakyat di Pulau Pinang terhadap kepimpinan mereka, tetapi ia cuba dinafikan melalui provokasi yang dilakukan melalui pelbagai elemen, semata-mata untuk mengkaburkan pandangan rakyat," ujarnya lagi.

Malah katanya, niat Umno dan BN tidak akan kesampaian selagi kepimpinan PR mengamalkan sistem pentadbiran berdasarkan kepada amalan cekap, akauntabiliti dan telus (CAT). - BLOGGER D'PERBATASAN - BLOG PEMFITNAH DARI PERMATANG PAUH 

PEJUANG REVOLUSI 1957 : EXCO KERAJAAN NEGERI ?? PI MAMPOIH LA.. HAL-HAL KAITAN NGN ORANG MELAYU ISLAM MANA ADA DIA BELA ASYIK DUK JUNJUNG KHAFIR DAP JA YG BAGUS.. NEH AMARAN AKU UMNO XKN TUMBANG PADA PRU 13 SEBAB ADA PEMIMPIN PENJILAT MCM HANG NIE DAN PKR YG DUK JANJI DAN BOHONG RAKYAT AKAN TUMBANG.. NAMA JA EXCO TAPI KEPUTUSAN ORG LAIN YG BUAT.. HANG NGN MANSOQ SAMA JA KAKI PUTAR PELINGKUQ SAUDARA SEAGAMA.. SILAP2 HANG PN BAKAL ADUN YG TERBUANG DAN BERAMBUS LAH DARI BATU MAUNG.. DEYY PI SELAK UMAH2 YG MAHAI KT AREA HANG TU INGAT LIM NK BAGI KT ORANG2 MELAYU KA?? PORAAA!!!

~ EDISI KALUT : PKR DITAJA YAHUDI UNTUK PRU 13!!!

Siapa tu ??? anda kenal ke tidak lelaki tu?? tanya anwar :)

International Republican Institute (IRI)

$400,000

To enhance the ability of Malaysian political parties to better represent their constituents. IRI will strengthen the ability of parties to conduct and utilize public opinion research in platform, policy, strategy, and message development, and will strengthen the ability of parties working in Sarawak to identify and respond to constituent needs in advance of the upcoming state assembly elections.

Mkini Dotcom Sdn Bhd

$100,000

To strengthen independent media in Malaysia. Mkini Dotcom Sdn Bhd will support the development of an online media outlet providing professional and responsible coverage of issues and news often ignored or distorted by the mainstream media.

National Democratic Institute for International Affairs (NDI)

$322,500

To strengthen the skills of recently-elected members of parliament and state legislatures in communications, constituent outreach, and understanding of parliamentary rules and procedures. NDI will work with local organizations to create public platforms including civic information fairs, public discussion forums, and websites to facilitate interaction between citizens and elected officials.

Suara Inisiatif Sdn Bhd (SUARAM)

$85,000

To promote human rights in Malaysia. Suaram will organize human rights campaigns on the issues of the Internal Security Act, the right to trial, refugees, and migrant workers. Suaram will also continue to issue its annual survey and evaluation of the human rights situation in Malaysia.





PEJUANG REVOLUSI 1957 : ALAHAI KANTOI DUK MARAH KAN APCO AGEN 1 MALAYSIA TAPI SAMPAI SKRANG XDA BUKTI PN.. ALIH2 DIA YANG KANTOI MANA ANWAR DAPAT DANA BERJUTA-JUTA UNTUK SETIAP KALI PRU?? MANA ANWAR DAPAT DANA UNTUK PRK PARLIMEN PERMATANG PAUH?? BERAPA JUTA DIA ABIS DI PERMATANG PAUH UNTUK KALAHKAN DATO ARIF SHAH ?? ISHH3... 

~ AL-FATIHAH - SENARAI NAMA MANGSA YG TERKORBAN TRAGEDI BATU 14

Assalamualaikum 

KUALA LUMPUR - Berikut adalah senarai nama 25 mangsa yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat dekat sini. Sehingga pukul 5.30 pagi ini, kesemua mangsa yang tertimbus telah dikeluarkan oleh pasukan mencari dan menyelamat dengan 16 daripadanya terkorban dan sembilan cedera.


Operasi yang bermula pukul 2.45 petang semalam berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi. Operasi mencari dan menyelamat disambung pada 8 pagi ini bagi membuat gerakan terakhir untuk memastikan tidak ada lagi mangsa yang terperangkap.


Berikut ialah senarai nama penuh mangsa yang diperoleh dari bilik gerakan bergerak yang dibuka di lokasi kejadian: 


Enam belas yang terkorban ialah : 


1) Mohd Kamarul Amizan, 11 tahun 

2) Nurahimi Rosdi, 14
3) Dzahir Haziq M. Muin, 11
4) Ahmad Lokman Hakim, 11
5) Farid Ibrahim, 34
6) Mohd Azret Azahari, 8
7) Wan Ahmad Hasril Hazim, 11
8) Zahid Assawal Zamri, 19
9) Mohd Mustakim Mamat, 12
10) Mohd Naerzein M. Nor, 8
11) Mohd Aiman Abdullah, 10
12) Shahrul Nurimran Adnan, 9
13) Mohd Zaid Azahari, 14
14) Mohd Imal Fahad, 9
15) Mohd Riezman Abdul Latif, 9
16) Mohd Hazim Sapri, 10

Sembilan yang terselamat iaitu:


1) Aizat Khusairi, 12

2) M. Allaudin Sobri, 14
3) M. Syatiq Ibrahim, 21
4) Khairul Anuar Nasri, 9
5) M. Harris Izuddin Sahrul, 11
6) Zulkhairi Aminuddin, 13
7) Izzuddin Abdullah, 30
8) Izuan Zakaria, 33
9) Mohd Akmal Mohd Jefri, 10

SUMBER - SINAR HARIAN

~ AL-FATIHAH - TRAGEDI RUMAH ANAK-ANAK YATIM DAN MADRASAH AL-TAQWA, BATU 14

Assalamualaikum


Mangsa dikenali dengan nama Hairi dibawa ke Hospital Ampang, Kuala Lumpur, semalam


HULU LANGAT 21 Mei – Seramai 13 penghuni Rumah Anak- anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, di sini, maut akibat tertimbus setelah tebing sebuah bukit berdekatan runtuh dan menghempap khemah yang mereka duduki.

Sehingga pukul 1.30 pagi, operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa masih diteruskan dan terdapat tiga lagi penghuni dipercayai tertimbus.

Seorang mangsa tertimbus, Abang Iwan, 33, berjaya diselamatkan pada pukul 10.20 malam.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Azrel, Nael, Eqim, Zaim, Rahimi, Angah, Boboy, Zaid, Abang Farid, Shahrul, Lokman dan Hasril berusia empat tahun hingga 30-an. Mereka terdiri daripada 12 kanak-kanak dan seorang dewasa.

Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang mereka bersama yang lain berada di dalam khemah tersebut untuk berlatih nasyid bagi meraikan kedatangan rombongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pukul 5 petang.

Khemah itu dipasang untuk majlis tersebut yang terletak bersebelahan tebing.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dilakukan dengan membuat dua terowong turut mengalami kesukaran berikutan hujan lebat petang ini dan menyebabkan berlaku pergerakan tanah.

Seramai sembilan mangsa termasuk dua dewasa dibawa keluar dengan selamat. Kesemua mereka dihantar ke Hospital Ampang dan Hospital Serdang untuk rawatan lanjut. Mangsa yang terselamat pula dikenali sebagai Khairul, Hairis, Harris, Aizat, Alaudin, Shafiz, Akmal dan pekerja rumah berkenaan, Abang Din.

Dua mayat dibawa keluar pukul 4.25 petang diikuti mangsa-mangsa seterusnya kira-kira dua jam hingga tiga jam kemudian dan dibawa ke Hospital Kajang. Rumah itu menempatkan seramai 49 orang yang terdiri daripada kanak-kanak yatim dan lima penjaga.

Seramai 500 anggota pasukan penyelamat terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat iaitu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Bangi, Kajang, Selayang, Serdang, Cheras dan Pandan, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).

Mereka turut dibantu Unit Anjing Pengesan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sebuah jentolak milik swasta. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, runtuhan tanah itu merupakan yang terburuk pernah berlaku dalam sejarah di kawasan tersebut.

Beliau berkata, pihaknya dan agensi penyelamat lain mengalami kesukaran mencari mangsa yang tertimbus kerana struktur tanah yang lembut serta bergerak. Menurut Khalid, pasukan penyelamat terpaksa membuat dua terowong untuk mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus.

“Ekoran keadaan hujan, kemungkinan terdapat runtuhan yang akan berlaku di kawasan ini. Saya nasihatkan orang ramai agar tidak datang ke kawasan ini kerana berbahaya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

PEJUANG REVOLUSI 1957 : AL-FATIHAH UNTUK MANGSA-MANGSA YANG TERLIBAT DALAM NAHAS.. SEMOGA DITEMPATKAN BERSAMA-SAMA ORANG YG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH.. KEJADIAN-KEJADIAN INI SEHARUSNYA DAPAT DIELAKKAN DARIPADA TERUS BERLAKU.. SEMOGA KITA MENDAPAT PENGAJARAN DARIPADA TRAGEDI INI.. 

Jumaat, 20 Mei 2011

~ HOT!! PAS JADI MANGSA - GAY DAN LESBIAN PN DIBELA NYA ANWAR??

nk tunggu jadi cm gini dulu ke???

ASSALAMUALAIKUM

Allah Taala menjadikan setiap sesuatu itu berpasangan iaitu lelaki dan perempuan. Dengan itu alam ini menjadi seimbang. Lelaki akan tertarik kepada perempuan dan perempuan akan tertarik kepada lelaki. Itulah fitrah iaitu sifat semulajadi alam ini yang diciptakan oleh Allah S.W.T. Jika rosak fitrah ini maka tidak adalah lagi keseimbangan alam. Maka akan berlakulah malapetaka dan kemusnahan seperti yang difahami oleh manusia yang jahil sebagai bencana alam semata-mata. Setiap sesuatu ada lelaki dan perempuannya atau setiap sesuatu ada positif dan negatifnya. Positif dan negatif akan menarik di antara satu sama lain bagi mengukuhkan sesuatu struktur benda. Jika sifat ini berubah maka terlerailah struktur tersebut. Teori dan konsep yang telah diakui oleh saintis. Sifat asal sesuatu benda tidak mudah untuk berubah dengan sendirinya kecuali diubah oleh tangan-tangan manusia. Sepertimana yang telah dinyatakan oleh Allah di dalam al-Quran;

سُوۡرَةُ الرُّوم
ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِى ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِى ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِى عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ (٤١) قُلۡ سِيرُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ فَٱنظُرُواْ كَيۡفَ كَانَ عَـٰقِبَةُ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلُ‌ۚ كَانَ أَڪۡثَرُهُم مُّشۡرِكِين

yang bermaksud;

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (41) Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik.

Sepertimana sesuatu benda tidak akan menyeleweng dari sifat asalnya kecuali diubah oleh tangan-tangan manusia, begitu jugalah dengan diri manusia itu sendiri. Sifat asalnya atau fitrahnya tidak mungkin berubah kecuali cuba diubah oleh dirinya sendiri yang cuba menyeleweng dari sifat asalnya..

Lelaki yang nafsunya tertarik dengan lelaki dan perempuan yang nafsunya tertarik dengan perempuan merupakan sesuatu yang bukan fitrah. Oleh itu ia akan mendapat kemurkaan Allah dan jika keadaan ini berleluasa maka ia akan menjadikan persekitarannya sudah tidak seimbang lagi. Sesuatu yang pelik tetapi benar dimana manusia sememangnya mempunyai hubungan dengan alam persekitarannya. Ketahuilah bahawasanya manusia juga adalah sebahagian daripada alam.




Yahoo! Malaysia Editor : Could Lesbian, Gays, Bi Sexual and Transgender (LGBTs) look forward to a non-discriminatory environment - spesific to them and not other minorities. if Pakatan were to take Putrajaya? Would this move be possible with PAS a part of the federal government? (Yahoo!Newsroon (Malaysia)

Anwar brahim : We recognize importance of family and the institution of marriage. But we should not unduly harass or discriminate other. The answer is through education and PAS accept this view


BLOG MIM

Pelajarilah dari kisah yang lampau dan ambillah iktibar dari umat Kaum Lut dimana kaum Lut telah dibinasakan oleh Allah melalui satu malapetaka atau bencana disebabkan oleh fitrah songsang atau lebih tepat dikatakan ialah, disebabkan oleh penyelewengan terhadap fitrah semulajadi manusia. Lelaki yang nafsunya tertarik kepada lelaki dan perempuan yang nafsunya tertarik kepada perempuan juga adalah merupakan penyelewengan terhadap fitrah semulajadi manusia.

سُوۡرَةُ هُود
وَجَآءَهُ ۥ قَوۡمُهُ ۥ يُہۡرَعُونَ إِلَيۡهِ وَمِن قَبۡلُ كَانُواْ يَعۡمَلُونَ ٱلسَّيِّـَٔاتِ‌ۚ قَالَ يَـٰقَوۡمِ هَـٰٓؤُلَآءِ بَنَاتِى هُنَّ أَطۡهَرُ لَكُمۡ‌ۖ فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَلَا تُخۡزُونِ فِى ضَيۡفِىٓ‌ۖ أَلَيۡسَ مِنكُمۡ رَجُلٌ۬ رَّشِيدٌ۬ (٧٨) قَالُواْ لَقَدۡ عَلِمۡتَ مَا لَنَا فِى بَنَاتِكَ مِنۡ حَقٍّ۬ وَإِنَّكَ لَتَعۡلَمُ مَا نُرِيدُ

Maksudnya;

Dan kaumnya pun datang meluru kepadanya (dengan tujuan hendak mengganggu tetamunya), sedang mereka sebelum itu sudah biasa melakukan kejahatan. Nabi Lut berkata: Wahai kaumku! Di sini ada anak-anak perempuanku mereka lebih suci bagi kamu (maka berkahwinlah dengan mereka). Oleh itu takutlah kamu kepada Allah dan janganlah kamu memberi malu kepadaku mengenai tetamu-tetamuku. Tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)? (78) Mereka menjawab: Sesungguhnya engkau telahpun mengetahui bahawa kami tidak ada sebarang hajat kepada anak-anak perempuanmu dan sebenarnya engkau sedia mengetahui akan apa yang kami kehendaki.

سُوۡرَةُ هُود
قَالَ لَوۡ أَنَّ لِى بِكُمۡ قُوَّةً أَوۡ ءَاوِىٓ إِلَىٰ رُكۡنٍ۬ شَدِيدٍ۬ (٨٠) قَالُواْ يَـٰلُوطُ إِنَّا رُسُلُ رَبِّكَ لَن يَصِلُوٓاْ إِلَيۡكَ‌ۖ فَأَسۡرِ بِأَهۡلِكَ بِقِطۡعٍ۬ مِّنَ ٱلَّيۡلِ وَلَا يَلۡتَفِتۡ مِنڪُمۡ أَحَدٌ إِلَّا ٱمۡرَأَتَكَ‌ۖ إِنَّهُ ۥ مُصِيبُہَا مَآ أَصَابَہُمۡ‌ۚ إِنَّ مَوۡعِدَهُمُ ٱلصُّبۡحُ‌ۚ أَلَيۡسَ ٱلصُّبۡحُ بِقَرِيبٍ۬ (٨١) فَلَمَّا جَآءَ أَمۡرُنَا جَعَلۡنَا عَـٰلِيَهَا سَافِلَهَا وَأَمۡطَرۡنَا عَلَيۡهَا حِجَارَةً۬ مِّن سِجِّيلٍ۬ مَّنضُودٍ۬

Maksudnya;

Nabi Lut berkata: Kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu atau aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan yang kuat (dari penyokong-penyokong, tentulah aku akan membinasakan kamu). (80) (Mendengarkan yang demikian) tetamunya berkata: Wahai Lut! Sesungguhnya kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya dia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana dia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu Subuh; bukankah waktu Subuh itu sudah dekat? (81) Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu. (82)

Kalau difikirkan dan dihalusi terhadap peristiwa kemusnahan dan bencana-bencana yang berlaku di serata dunia dahulu dan sekarang, faktor ini tidak boleh diketepikan. Manusia hanya ingin mencari logik semata-mata. Tetapi tidak mahu mengambil iktibar dari peristiwa yang telah berlaku samada ia mempunyai kaitan dengan kemurkaan Allah ataupun tidak. Banyak perkara yang mengundang kemurkaan Allah antara lain ialah lahirnya ramai manusia yang kufur dan syirik kepada Allah S.W.T selain dari apa yang telah dinyatakan di atas. Wallahu aklam...