nk tunggu jadi cm gini dulu ke???
ASSALAMUALAIKUM
Allah Taala menjadikan setiap sesuatu itu berpasangan iaitu lelaki dan perempuan. Dengan itu alam ini menjadi seimbang. Lelaki akan tertarik kepada perempuan dan perempuan akan tertarik kepada lelaki. Itulah fitrah iaitu sifat semulajadi alam ini yang diciptakan oleh Allah S.W.T. Jika rosak fitrah ini maka tidak adalah lagi keseimbangan alam. Maka akan berlakulah malapetaka dan kemusnahan seperti yang difahami oleh manusia yang jahil sebagai bencana alam semata-mata. Setiap sesuatu ada lelaki dan perempuannya atau setiap sesuatu ada positif dan negatifnya. Positif dan negatif akan menarik di antara satu sama lain bagi mengukuhkan sesuatu struktur benda. Jika sifat ini berubah maka terlerailah struktur tersebut. Teori dan konsep yang telah diakui oleh saintis. Sifat asal sesuatu benda tidak mudah untuk berubah dengan sendirinya kecuali diubah oleh tangan-tangan manusia. Sepertimana yang telah dinyatakan oleh Allah di dalam al-Quran;
سُوۡرَةُ الرُّوم
ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِى ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِى ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِى عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ (٤١) قُلۡ سِيرُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ فَٱنظُرُواْ كَيۡفَ كَانَ عَـٰقِبَةُ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلُۚ كَانَ أَڪۡثَرُهُم مُّشۡرِكِين
yang bermaksud;
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (41) Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik.
Sepertimana sesuatu benda tidak akan menyeleweng dari sifat asalnya kecuali diubah oleh tangan-tangan manusia, begitu jugalah dengan diri manusia itu sendiri. Sifat asalnya atau fitrahnya tidak mungkin berubah kecuali cuba diubah oleh dirinya sendiri yang cuba menyeleweng dari sifat asalnya..
Lelaki yang nafsunya tertarik dengan lelaki dan perempuan yang nafsunya tertarik dengan perempuan merupakan sesuatu yang bukan fitrah. Oleh itu ia akan mendapat kemurkaan Allah dan jika keadaan ini berleluasa maka ia akan menjadikan persekitarannya sudah tidak seimbang lagi. Sesuatu yang pelik tetapi benar dimana manusia sememangnya mempunyai hubungan dengan alam persekitarannya. Ketahuilah bahawasanya manusia juga adalah sebahagian daripada alam.
Yahoo! Malaysia Editor : Could Lesbian, Gays, Bi Sexual and Transgender (LGBTs) look forward to a non-discriminatory environment - spesific to them and not other minorities. if Pakatan were to take Putrajaya? Would this move be possible with PAS a part of the federal government? (Yahoo!Newsroon (Malaysia)
Anwar brahim : We recognize importance of family and the institution of marriage. But we should not unduly harass or discriminate other. The answer is through education and PAS accept this view
Anwar brahim : We recognize importance of family and the institution of marriage. But we should not unduly harass or discriminate other. The answer is through education and PAS accept this view
BLOG MIM
Pelajarilah dari kisah yang lampau dan ambillah iktibar dari umat Kaum Lut dimana kaum Lut telah dibinasakan oleh Allah melalui satu malapetaka atau bencana disebabkan oleh fitrah songsang atau lebih tepat dikatakan ialah, disebabkan oleh penyelewengan terhadap fitrah semulajadi manusia. Lelaki yang nafsunya tertarik kepada lelaki dan perempuan yang nafsunya tertarik kepada perempuan juga adalah merupakan penyelewengan terhadap fitrah semulajadi manusia.
سُوۡرَةُ هُود
وَجَآءَهُ ۥ قَوۡمُهُ ۥ يُہۡرَعُونَ إِلَيۡهِ وَمِن قَبۡلُ كَانُواْ يَعۡمَلُونَ ٱلسَّيِّـَٔاتِۚ قَالَ يَـٰقَوۡمِ هَـٰٓؤُلَآءِ بَنَاتِى هُنَّ أَطۡهَرُ لَكُمۡۖ فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَلَا تُخۡزُونِ فِى ضَيۡفِىٓۖ أَلَيۡسَ مِنكُمۡ رَجُلٌ۬ رَّشِيدٌ۬ (٧٨) قَالُواْ لَقَدۡ عَلِمۡتَ مَا لَنَا فِى بَنَاتِكَ مِنۡ حَقٍّ۬ وَإِنَّكَ لَتَعۡلَمُ مَا نُرِيدُ
Maksudnya;
Dan kaumnya pun datang meluru kepadanya (dengan tujuan hendak mengganggu tetamunya), sedang mereka sebelum itu sudah biasa melakukan kejahatan. Nabi Lut berkata: Wahai kaumku! Di sini ada anak-anak perempuanku mereka lebih suci bagi kamu (maka berkahwinlah dengan mereka). Oleh itu takutlah kamu kepada Allah dan janganlah kamu memberi malu kepadaku mengenai tetamu-tetamuku. Tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)? (78) Mereka menjawab: Sesungguhnya engkau telahpun mengetahui bahawa kami tidak ada sebarang hajat kepada anak-anak perempuanmu dan sebenarnya engkau sedia mengetahui akan apa yang kami kehendaki.
سُوۡرَةُ هُود
قَالَ لَوۡ أَنَّ لِى بِكُمۡ قُوَّةً أَوۡ ءَاوِىٓ إِلَىٰ رُكۡنٍ۬ شَدِيدٍ۬ (٨٠) قَالُواْ يَـٰلُوطُ إِنَّا رُسُلُ رَبِّكَ لَن يَصِلُوٓاْ إِلَيۡكَۖ فَأَسۡرِ بِأَهۡلِكَ بِقِطۡعٍ۬ مِّنَ ٱلَّيۡلِ وَلَا يَلۡتَفِتۡ مِنڪُمۡ أَحَدٌ إِلَّا ٱمۡرَأَتَكَۖ إِنَّهُ ۥ مُصِيبُہَا مَآ أَصَابَہُمۡۚ إِنَّ مَوۡعِدَهُمُ ٱلصُّبۡحُۚ أَلَيۡسَ ٱلصُّبۡحُ بِقَرِيبٍ۬ (٨١) فَلَمَّا جَآءَ أَمۡرُنَا جَعَلۡنَا عَـٰلِيَهَا سَافِلَهَا وَأَمۡطَرۡنَا عَلَيۡهَا حِجَارَةً۬ مِّن سِجِّيلٍ۬ مَّنضُودٍ۬
Maksudnya;
Nabi Lut berkata: Kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu atau aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan yang kuat (dari penyokong-penyokong, tentulah aku akan membinasakan kamu). (80) (Mendengarkan yang demikian) tetamunya berkata: Wahai Lut! Sesungguhnya kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya dia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana dia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu Subuh; bukankah waktu Subuh itu sudah dekat? (81) Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu. (82)
Kalau difikirkan dan dihalusi terhadap peristiwa kemusnahan dan bencana-bencana yang berlaku di serata dunia dahulu dan sekarang, faktor ini tidak boleh diketepikan. Manusia hanya ingin mencari logik semata-mata. Tetapi tidak mahu mengambil iktibar dari peristiwa yang telah berlaku samada ia mempunyai kaitan dengan kemurkaan Allah ataupun tidak. Banyak perkara yang mengundang kemurkaan Allah antara lain ialah lahirnya ramai manusia yang kufur dan syirik kepada Allah S.W.T selain dari apa yang telah dinyatakan di atas. Wallahu aklam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan