Jumaat, 27 Mei 2011

~ PULAU PINANG , PULAU MUTIARA DADAH!!! TAKZIAH GUANG ENG

Assalamualaikum

Walaupun Timbalan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar menolak pendapat yang mengatakan Pulau Pinang sedang menjadi hub dadah negara, namun penjelasan yang diberikannya memang merujuk ke arah itu. Apatah lagi dengan kejayaan demi kejayaan pihak polis melumpuhkan sindiket dadah yang tidak berkurangan bahkan semakin bertambah di pulau yang kini dikuasai oleh DAP dan konco-konco Lim Guan Eng.

Menurut Khalid, penciptaan dan pemprosesan dadah tidak lagi memerlukan tempat yang luas. Asalkan ada kepakaran, ada ruang dan ada sokongan, dadah akan menjadi industri yang sangat besar.

Apabila sesebuah negeri dikuasai oleh DAP seperti Pulau Pinang dan Selangor, sindiket dadah bagaikan memperolehi nikmat yang tidak terhingga. Selangor yang suatu ketika dahulu memerangi pelacuran dan dadah, sekarang ini menjadi syurga, terutama buat penggemar-penggemar maksiat. Pergilah ke mana-mana bandar besar serata Selangor, termasuklah Shah Alam dan Bandar Baru Bangi, pasti akan wujud rumah-rumah urut yang berselindung di sebalik jenama refleksologi yang sebenarnya menjalankan urusniaga SEKSOLOGI.

Maka tidak hairan jugalah bagaimana para pemimpin DAP sentiasa cuba mempengaruhi masyarakat agar melihat polis sebagai agen UMNO. Walaupun mungkin keterlaluan tetapi usaha berkenaan diharapkan akan memberi tekanan kepada pihak polis agar mengurangkan operasi pembanterasan jenayah di kawasan-kawasan yang dikuasai oleh DAP.

Anehnya, ramai yang terpengaruh dengan kempen-kempen tersebut. Mengaitkan polis dengan UMNO nampaknya menjadi senjata yang sangat mujarab buat DAP untuk memperolehi apa yang mereka inginkan. Dan untuk memperlihatkan yang DAP adalah sebuah parti 'baik', sokongan kepada PAS ditunjukkan walaupun ia sebenarnya hanyalah lakonan semata-mata.

Dan perbuatan tersebut ekaligus pada masa yang sama, memberikan ruang yang sangat besar untuk sindiket-sindiket jenayah bergerak bebas tanpa gangguan.


PEJUANG BANGSA : NIE SALAH UMNO GAK KE?? BIASALAH AMAL MUNGKAR NAHI MAKRUF SLOGAN KEGEMARAN PAS UNTUK GUANG ENG!!! BUKAN DADAH JA TU PUSAT HIBURAN CINA SMPAI PAGI.. ADA YG DUK GELEK PAKAI BAJU TAK CUKUP KAIN PUN ADA.. ALMAKLUMLAH PAS KAN ADA.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan