gambar pun dah dengan beruk.. mcm mana x terkejut beruk
pemimpin mahupun penyokong pakatan dap pasti terkejut beruk dengan himpunan sejuta belia neh.. manakan tidak nya mereka hanya mampu buat perhimpunan bersih yg kotor untuk menimbulkan kekacauan dalam negara.. kalau nk dibezakan dengan kerajaan UMNO buat aktiviti untuk belia.. mana lagi faedah ye???
lagi terkejut beruk sebab anak - anak penyokong pas , pkr dan dap pun pi putrajaya maklumlah bas free siap ditaja lagi.. hehehe
PUTRAJAYA 28 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak yang amat berpuas hati dengan penyertaan pada Himpunan Sejuta Belia kali ini mahu sambutan lebih besar pada tahun depan dengan sasaran penglibatan dua juta belia.
Perdana Menteri berkata, perhimpunan yang lebih hebat akan dianjurkan untuk mencapai sasaran tersebut.''Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan) ada tanya saya apakah sasaran pengunjung tahun depan yang menjadi petunjuk prestasi utama (KPI) beliau, jadi, kita letak satu sasaran yang lebih munasabah iaitu dua juta belia.
'
Dalam tempoh seminggu, sasaran dua juta belia itu mungkin boleh dicapai. Kita akan buat perhimpunan yang lebih hebat supaya Putrajaya dipenuhi lautan belia dari permulaan Boulevard hingga ke penghujung Boulevard, kita mahu tunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia aman dan stabil," katanya ketika berucap pada Himpunan Sejuta Belia di sini hari ini.
Sementara itu, Perdana Menteri hari ini melakukan tinjauan mesra paling lama iaitu dalam masa separuh hari dan turut menyempurnakan 16 program di sini hari ini.Walkabout yang bermula pukul 2.45 petang menerusi trem itu diadakan sempena sambutan Himpunan Sejuta Belia 2011.
Lawatan Najib itu turut memberinya peluang untuk beramah mesra dengan para belia di sembilan tempat yang dilawatinya.Bermula dengan lawatan ke program sukan lasak, Sasuke Malaysia, beliau menyempurnakan pelancaran aktiviti dari Jepun itu dengan melepaskan juara Jepun, Makoto Nagano menandakan bermulanya cabaran.
Di setiap perhentian, beratus belia berebut-rebut untuk bersalam dengan Perdana Menteri serta mengambil peluang bergambar dengan pemimpin nombor satu negara itu.Dalam lawatan itu, Najib turut melancarkan Program Latihan 1 Malaysia, kad keahlian Ride It Right dan program Sejuta Impian terbitan TV3.
Tarian perang yang dipersembahkan oleh pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan demonstrasi menyelamat tebusan kapal oleh Rejimen ke-11 Gerak Khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menarik perhatian Perdana Menteri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan