Khamis, 12 Mei 2011

~ Diorang pn NK REVOLUSI juga?? Tahukah anda REVOLUSI 2013


Revolusi 2013 : Bebaskan Malaysia, Selamatkan Rakyat

KUALA LUMPUR, 4.Apr  Bagi melahirkan rasa kesungguhan blogger Pakatan Rakyat untuk melihat kejatuhan kerajaan Barisan Nasional dan penghapusan penyalahgunaan kuasa umno-BN, penyatuan blogger dibawah satu bumbung amatlah perlu, demikian dijelaskan oleh Penyelaras Blogger PR Dato’ Tarmizi Mohd Jam.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis pemukiman Blogger Pakatan Rakyat bertempat di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam dan dirasmikan oleh Ketua Penerangan PAS Kelantan yang juga exco neger Dr.Muhammad Fadzli Hassan.
Tarmizi berkata hasil pemukiman tersebut, ramai blogger melahirkan satu mekanisme yang perlu diwujudkan untuk berganding bahu dalam menangkis isu yang dibawa oleh umno-BN ini.
“ Walaupun kita sebagai blogger yang menjadikan alam maya sebagai landasan perjuangan, namun di zaman kini, penggunaan internet amat penting bagi menyampaikan maklumat untuk rakyat, oleh itu kita telah bersetuju untuk membentuk satu revolusi yang tidak menggunakan kekerasan menyelamatkan rakyat tetapi menggunakan alam maya sebagai platformnya”ujar beliau.
Menurut beliau lagi semua pihak yang menyokong Pakatan Rakyat hendaklah meneruskan usaha konvensional selama ini dengan ceramah dan media cetak, namun penggunaan internet pula akan meneruskan dengan cara tersendiri.
Pemukiman yang diadakan selama dua hari itu turut dihadiri oleh Pengasas Zentrum Future Studies yang juga pensyarah kanan Jabatan Media dan Komunikasi UM, Prof.Dr.Abu Hassan Hasbullah dan Pengarah Urusan Harakah yang juga Ahli Parlimen Tumpat Datuk kamaruddin 

PEJUANG REVOLUSI 1957 :  PATUT LA DIORANG NIE BUTA-BUTA SEJARAH.. YG DUK WAT REVOLUSI 2013 TU DH MODEN DAH RAMAI PAKAI KERETA PROTON.. MANA ADA NK BERJUANG MENENTANG JEPUN LAGI.. PATUT LA CHIN PENG PN DIORANG NK BAGI BALIK MALAYSIA.. SBB TATAU SEJARAH.. LAHIR2 TERUS SENANG.. DLU MASA JEPUN PN DUK LAM RUMAH MANA ADA ANGKAT SENJATA.. TU MUDAH LUPA SEJARAH!! 
PATUT BUDAK-BUDAK UM BNYK MENENTANG KERAJAAN SBB ADA DALANG RUPANYA.. SORRY TU SAY LA BIASISWA KERAJAAN DUK AMBIL PASTU HANTAM KERAJAAN.. BELAJAR TINGGI2 MENCACAK KELANGIT TAPI LEBIH TERUK DARI ORANG BODO JE KORG NIE.. 

2 ulasan: