Khamis, 23 Jun 2011

~ BEZANYA FREEDOM FLOTILLA 2 DENGAN BERSIN 2.0

Di palestine bermatian mempertahankan negara manakala di malaysia bermatian gilakan kuasa!!

Keputusan PM Malaysia untuk merujuk bantuan PBB ke atas pelayaran freedom flotilla amatlah dihargai untuk kebaikan sejagat. Bermacam – macam bantuan telah diberikan oleh Malaysia untuk membebaskan rakyat Palestine dari penjara TERBESAR dunia ini. Negara – Negara arab pula makin menujukkan sokongan setelah lama mendiamkan diri akibat kebangkitan rakyat dan pembukaan pintu rafah – gaza.

Inilah merupakan bantu kepimpinan beragama islam di Malaysia bagi menunjukkan keamanan kepada Palestine tetapi terdapat berbezaan di Malaysia. Antara nya perhimpunan bersih yang sememangnya kotor untuk menjatuhkan atau keamanan dan kemakmuran di Malaysia.

kita masih boleh bergelak ketawa apabila di malaysia

Antara perbezaan di freedom flotilla 2 dengan bersih 2.0 ialah :

Freedom flotilla 2 adalah untuk membebaskan Palestine dan untuk keamanan umat islam di Palestine serta menghantar bantuan kemanusian demi keselamatan penduduk gaza manakala pehimpunan bersih 2.0 membuatkan rakyat Malaysia berada dalam ketakutan tambahan peniaga atau pemandu teksi akan mengalami kerugian jutaan ringgit.

Freedom flotilla 2 adalah untuk membantu umat islam di Palestine untuk mendapat kebebasan manakala perhimpunan bersih 2.0 bertujuan untuk membantu seorang pemimpin yang akan hilang kuasa akibat ‘kenakalan’ beliau sendiri.

Freedom flotilla 2 adalah untuk membangkitkan semangat bantu membantu sesama umat islam di dunia bagi membantu gaza manakala perhimpunan bersih 2.0 adalah untuk membangkitkan permusuhan antara umat islam di Malaysia.

Freedom flotilla 2 adalah untuk mengeratkan penyatuan di gaza antara Fattah dan hamas manakala di Malaysia perhimpunan bersih 2.0 akan mengeruhkan hubungan antara umno dan pas dalam penyatuan dalam islam.

Freedom flotilla 2 ingin membebaskan al-aqsa dari cengkaman yahudi manakala perhimpunan bersih 2.0 hanya ini mencapai kepentingan peribadi dan kepentingan politik semata – mata.

Apakah lagi yang kita tidak memahami ada perkara lagi penting dalam hidup ini belum kita tunaikan.. tambahan penyatuan umat islam di Malaysia amat lemah sekali.. begitu senang umat islam di Malaysia berpecah belah tetapi sukar untuk bersatu.. semoga kita insaf dan kesali tindakan kita di dunia..

Bersama – samalah kita doakan keselamatan dan keamanan misi freedom flotilla 2 dan keselamatan saudara seagama kita di Palestine. Semoga perjuangan kita direstui Allah s.w.t. 

3 ulasan:

  1. untuk apa bersih itu dibuat jika ramai yg berasa TAKUT....peniaga berasa tidak selesa apatah lg orang2 di jalanan...mmg ini hanyalah isu kepentingan individu..politik oh politik!

    BalasPadam
  2. apa tajuk kedua dua lagu blog ni ea?? bestlah...please...

    BalasPadam