Ahad, 23 Januari 2011

~ Parti Islam - Kenapa Kafirkan kami??



orang kafir adalah orang yang ingkar perintah allah, malah boleh di kira sebagai musuh allah. mengkafirkan orang bukan perkara kecil..


orang yang mengaku islam itu tidak boleh dikafirkan ,melainkan kalau ia terus ingkar kepada nabi s.a.w ingkar salah satu hukum islam yg tersebut di agama dengan menyembah berhala dan sebagainya serta perkerjaan yg terang kekufuran..


adapun orang islam itu bersalahan faham di dalam masalah agama, walaupun masalah i'tiqad itu tidak boleh dikafirkan..


pendeknya budak rasa kita tidak patut meringankan mulut untuk mengkafirkan orang lain terutamanya yang bertentangan dengan kita, walau bagaimanapun besar kesalahan itu..


jangan sekali-kali berani mengkafirkan orang ,kerana bahayanya terlalu besar . sabda nabi muhammad s.a.w..


di sini budak nyatakan petikan-petikan yang disebut dalam hadis..
"seseorang apabila mengkafirkan saudaranya, maka kembalilah kekufuran itu kepada salah seorang daripada keduanya " ( H.S.R Muslim )


dan sabda nabi " barang siapa mengkafirkan seseorang atau ia panggil dia musuh allah padahal ia tidak begitu , melainkan kembalilah ( panggilannya ) itu kepadanya sendiri ( H.S.R muslim )


budak heran kenapa orang senang mengkafirkan seseorang itu bersandarkan pada fahaman politik yang berbeza.. dan dengan sifat marah.. adakah kita tidak berfikir sebelum menjatuhkan hukum ke atas seseorang?? 


ingat dosa mengfitnah orang, apakah orang itu akan mengampunkan kita?? fikir2kan lah..

jika kami orang umno/islam adakah patut kami dikafirkan?? kenapa parti yang dikatakan islam mengafirkan orang islam sendiri dan bersengkongkol dengan orang kafir?? adakah itu lebih baik dari mengaku kami ialah saudara seislam dengan mu - budak melayu seberang..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan