I Love ISLAM
Sebenarnya banyak perkara yang berlaku dalam dunia hari ini bukanlah benda baru. Konsepnya sama, cuma waktu serta watak-watak utamanya sahaja yang berbeza. Dan apabila kita membaca sejarah silam, maka kita akan dapati bahawa banyak daripada permasalahan dahulukala sebenarnya menyerupai permasalahan yang dihadapi ummat dunia moden.
Bagi saya, salah satu "keajaiban" zaman khalifah ar-rashidun ialah dalam jangkamasa lebihkurang 30 tahun di antara Abu Bakar r.a. dan Hasan r.a. itu banyak isu-isu besar yang kita hadapi sekarang telahpun ditemui para sahabat ketika itu.
Sekiranya kita melihat balik sejarah khalifah-khalifah yang menurut jalan yang benar ini kita boleh melihat bagaimana pelbagai masalah yang kita hadapi sekarang ini ditangani oleh mereka. Mungkin dengan mengimbas sejarah penglihatan serta pengamatan kita boleh menjadi lebih telus dan sesuai dengan kacamata Islam yang sebenar.
Salah satu peristiwa yang berlaku di zaman khalifah Usman r.a. ialah kisah pembuangan Abu Dzar al-Ghafiri r.a. Bila kita baca, isu yang didukung oleh Abu Dzar begitu mirip dengan isu yang begitu popular suatu ketika dulu di negara kita ni, iaitu kronisme dan nepotisme.
Tapi tentu saja, Abu Dzar sebagai sahabat Rasulullah s.a.w. dan salah seorang daripada empat yang dicintai Allah s.w.t. mempunyai niat yang ikhlas. Iaitu, perjuangannya bukan bertujuan untuk menjatuhkan kelompok yang memerintah supaya kelompok dia sendiri dapat naik lalu meratah ekonomi negara untuk kepentingan kroni mereka pula! Juga bukan untuk menyelamatkan kepentingan peribadinya.
Hehehe. Kalau ada yang terasa tu, baguslah. Memang patutpun kita mula berfikir semula tentang niat dalam perjuangan ni... sebab mungkin niat kita sebagai pendukung tu betul, tapi niat orang yang didukung tu tak berapa betul. Jadi kemana sudahnya perjuangan itu? Tapi itu sekadar mainan hati saya sajalah; kalau silap bolehlah betulkan.
Satu lagi "keajaiban" zaman khalifah ar-rashidun ini bagi saya ialah setiap khalifah mempunyai karekteristik mereka tersendiri. Oleh kerana Rasulullah s.a.w. tidak menetapkan cara spesifik untuk umat Islam memerintah ummah sesudah kewafatannya, maka kelihatannya Allah telah menetapkan supaya cara pemerintahan khalifah ar-rashidin ini berbeza antara satu sama lain, walaupun semuanya berasaskan sumber yang sama, iaitu kitab Allah dan sunnah RasulNya.
Seolah-olah Allah menyatakan, nah, ada empat cara kerajaan Islam boleh dilaksanakan, maka pilihlah mana yang sesuai dengan keadaan setempat. Atau mungkin maksudnya ialah, tak ada satu cara yang tertentu untuk memerintah kerajaan, jadi terpulanglah pada ijtihad masing-masing.
Apapun, sebab itulah bagi saya rasanya kurang tepat kalau ada orang yang kata model kerajaan Islam itu hanya satu. Soalan yang perlu kita tanya ialah, kalau kerajaan Madinah di zaman Nabi s.a.w. itulah satu- satunya model kerajaan Islam, maka kenapa agaknya cara pemilihan serta pemerintahan setiap satu daripada khalifah ar-rashidin ni boleh nampak ada perbezaannya? Kenapa mereka tak tiru saja acuan pemerintahan Rasulullah s.a.w. dahulu?
Sebab itulah pada saya apa yang dilakukan di Arab Saudi atau afghanistan tu tak semestinya akan berkesan di sini (malah, mungkin tak berkesan di sana tu pun!). Bila kita meniru sesuatu, mesti pakai akal. al-Qur'an pun begitu menitik-beratkan penggunaan akal. Sebab itu jugalah saya berfikir nak memerintah kerajaan ni memerlukan lebih daripada kepandaian ilmu undang-undang semata-mata... mesti ada juga ilmu-ilmu "duniawi" seperti sosiologi, psikologi, ekonomi dan sebagainya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan