Isnin, 21 Mac 2011

~ PAS BODO MACAM LEMBU DICUCUK IDUNG..



ADA OTAK FIKIR.. ADA HATI MENGERTI.. JANGAN JADI LEMBU YG MENGIKUT TUAN PENGEMBALA TANPA ADA HALA TUJU..

WAKLU.. SINAR HARIAN.. WADAH BEBAS.. SELUTTTTTT!!!!!!!!

Lega Nik Aziz lembut hati

SEREMBAN – Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Sigh menarik nafas lega apabila Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat mula berlembut dengan isu penjualan loteri di negeri tersebut.

Karpal berkata, beliau gembira dengan hasrat Mursyidul Am Pas itu hendak mengkaji semula pelaksanaan undang-undang baru yang dibuat Kerajaan Negeri Kelantan.

“Sekarang Nik Aziz sudah bersedia berbincang mengenai hal ini (penjualan loteri) dan ia adalah perkembangan baik untuk masyarakat bukan Islam di Kelantan.

“Bagaimanapun, ingin saya tegaskan bahawa beliau perlu ikut perlembagaan negara dengan sebaik mungkin tanpa menjejaskan mana-mana pihak,” katanya di Majlis Makan Malam Sambutan 45 Tahun DAP di Senawang Jaya, di sini, kelmarin.

Nik Aziz berkata kelmarin, Kerajaan Kelantan serahkan kepada penasihat undang-undang mengenai penguatkuasaan yang tidak membenarkan premis menyediakan khidmat perjudian.
Ada pihak, katanya, mempersoalkan bahawa loteri tidak memerlukan premis seperti judi lain yang lama dilarang beroperasi.

Bagaimanapun, kata Nik Abdul Aziz, Kerajaan Negeri tetap menjaga kesucian ajaran Islam dan mendukung keluhuran undang-undang, selari dengan perlembagaan persekutuan.

Hadir sama, Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Pengerusi Dap negeri, Loke Siew Fook; Timbalan Pengerusi Dap negeri, P Gunasekaran; Pengerusi Kebajikan Hal Ehwal Wanita DAP negeri, Wong May May dan Pesuruhjaya Pas negeri, Zulkefly Mohd Omar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan