Isnin, 21 Mac 2011

~ kalau umno buat dikatakan kroni.. kalau dap buat??

Kerajaan Pulau Pinang diselar

BUKIT MERTAJAM 20 Mac – Kerajaan DAP Pulau Pinang sekali lagi diselar kerana didakwa cuba meminggirkan orang Melayu di kawasan Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Nibong Tebal dengan mengecualikan mereka daripada menerima liputan wifi percuma.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim berkata, tindakan itu seolah-olah menafikan hak serta menindas orang Melayu di kawasan terbabit daripada mendapat manfaat teknologi menerusi liputan wifi.
“Dahulu kerajaan DAP di negeri itu mencanangkan yang mereka adalah kerajaan untuk rakyat dan prihatin dengan nasib rakyat. Tapi kenapa kawasan terbabit dinafikan hak mendapat liputan wifi dengan alasan mereka dipimpin oleh Ahli Parlimen yang tidak menyokong pakatan pembangkang.

“Orang Melayu sudah banyak dipinggirkan sama ada dalam isu perumahan atau perniagaan apabila gerai mereka dirobohkan dan kini dengan kemudahan wifi pula,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Penaga, di sini semalam.

Azhar mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Telekomunikasi Pulau Pinang, Jeff Ooi dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini yang kerajaan DAP Pulau Pinang akan mengecualikan tiga kawasan Parlimen daripada menerima liputan wi-fi.

Ini kerana Parlimen Kepala Batas diwakili bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Ahli Parlimen Tasik Gelugor ialah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Sementara itu, Tan Tee Beng yang keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) tahun lalu dan menyertai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) adalah Ahli Parlimen Nibong Tebal.

Jelas Azhar, kerajaan DAP Pulau Pinang patut sedar banyak pembangunan yang dibawa oleh kerajaan Pusat di negeri ini untuk dinikmati oleh rakyat biarpun Pulau Pinang diperintah pembangkang.

“Beberapa projek seperti Jambatan Kedua Pulau Pinang, projek naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang serta naik taraf Keretapi Bukit Bendera dijalankan kerajaan Pusat.

“Apa rasa orang Pulau Pinang kalau kerajaan Pusat ambil tindakan serupa untuk pinggirkan mereka kerana tak sokong kerajaan Barisan Nasional,” ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan