Isnin, 27 Jun 2011

~EDISI KANTOI :PerHimpuNan BERSIH KRISTIAN !!! AMBIGA ANTI-ISLAM!! TAJAAN KRISTIAN!! BERSIHHHHHH nohhhh....




Perhimpunan Bersin kantoi lagi!!!! bukan sahaja presiden nya ANTI-ISLAM mahal perhimpunan tersebut ditaja oleh parti - parti KRISTIAN dari luar negara... patut la negara islam pun boleh bertukar jadi negara kebajikan.. ish3.. iman tu mau ada.. dh tau benda mungkar PAS slumber ja sokong noh!!! tang mana yg kata kencang sangat nk bawak ISLAM tu??

ORG PENANG KATA 'Sembang Deraih!!!!" 


 Gerakan yang mempunyai kaitan dengan Kristian yang berpangkalan di luar negara dikenal pasti sebagai penyumbang dana kewangan terbesar kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Gerakan tersebut yang berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak beberapa minggu lalu dikesan aktif menyalurkan bantuan kepada Bersih melalui NGO tempatan.

Antaranya adalah Yayasan Konrad Adenauer dari Jerman yang mempunyai hubungan erat dengan Parti Kesatuan Kristian Demokratik di sana, serta Yayasan Canadian Allied dari Kanada.

Kedua-dua NGO tersebut kini dikesan berada di carta 'tiga teratas' selaku penyumbang berbanding beberapa lagi pertubuhan asing lain, yang mewakili sembilan negara berlainan.

Dipercayai, jumlah terkumpul dana kewangan asing yang dimiliki Bersih kini sudah mencecah jutaan ringgit dan ia bakal digunakan untuk membiayai operasi demonstrasi.

Malah, Utusan Malaysia difahamkan, minggu lalu sahaja sebanyak RM250,000 dari negara asing disalurkan secara haram kepada sebuah NGO tempatan yang bernaung di bawah Bersih.

"Semua sekali, sembilan negara asing yang menjadi 'tangan ghaib' bagi mencetuskan keadaan huru-hara dalam negara pada 9 Julai ini dan mereka bergerak melalui NGO.

"Penyumbang paling besar yang dikesan adalah daripada NGO yang mempunyai kaitan dengan Kristian," kata sumber kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam pada itu, sumber tersebut turut menjelaskan Bersih juga menerima bantuan kewangan daripada NGO yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Britain dan beberapa buah negara Asia yang lain.

Bagi Amerika Syarikat, Institut Demokrat Kebangsaan (NDI) dan Institut Republikan Antarabangsa (IRI) dikenal pasti menaja Bersih dan parti-parti pembangkang di negara ini.

"Semua ini membuktikan bahawa Bersih hanya menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai kambing hitam untuk menghalalkan demonstrasi haram. Di belakang mereka ada ejen asing.

"Jadi saya harap rakyat sedar perkara ini. Pembangkang kini sanggup melakukan apa sahaja termasuk bersekongkol dengan negara asing bagi mencetuskan huru-hara," jelasnya.

1 ulasan:

  1. Aduhai jiwa2 tandus di Utusan! Mcm2 tuduhan ya? Esok apa lagi? Bersih ada adegan terroris sbb ditaja al-qaeda? HAHAHA. Hanya org bodoh yg akan percaya semua benda2 karut oleh utusan. Mrk ni sanggup menulis apa-apa utk menjatuhkan gerakan yg menentang adegan mrk walaupun semua tu berunsur fitnah. Utusan = akhbar paling x bermoral di malaysia!

    BalasPadam