Isnin, 27 Jun 2011

~ CEH!!! Ambiga yang ANTI-ISLAM... PAs Sedaq Tak ???


 FAKTA yang harus anda ketahui !!!

Ambiga merupakan bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia. Majlis Peguam terkenal dengan tindak-tanduknya yg cenderung ke arah pembangkang dan memiliki sikap anti-Islam yg ketara. 

 Beliau adalah orang yg bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) (IFC ditubuhkan untuk menjatuhkan martabat Islam sebagai agama rasmi Persekutuan) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yg jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

 Dalam kes murtad Lina Joy, Ambiga telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut Islam.

 Ambiga turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yg membincang dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun menerima bantahan dari penganut Islam, Ambiga tetap meneruskan forum tersebut. Bantahan tersebut turut disertai oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin.

 Tugas-tugas Ambiga mempertikaikan kesucian Islam di Malaysia diiktiraf oleh Amerika Syarikat apabila dia mendapat anugerah yg disampaikan oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton pada 2009.

PEJUANG REVOLUSI 1957 :alahai PEMIMPIN PAS takan nk bertakbir dengan cilaka ambiga yang anti islam nie kot?? tak paham... tak paham...

1 ulasan: