Sabtu, 2 Julai 2011

~ Mat SaBun Pertikai TEKS Khutbah Mirip REJIM MUBARAK???


Tindakan ulama Jabatan Agama Islam (JAWI) menggunakan medium khutbah untuk menghalang rakyat daripada menyertai himpunan BERSIH 2.0 dilihat mirip kepada tindakan rejim bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak.

Tatkala masyarakat Mesir keluar beramai- ramai untuk mendesak Hosni supaya berundur dari tampuk pemerintahan, khutbah Jumaat di masjid- masjid berkumandang, menyeru dan melarang rakyat daripada berkumpul di Tahrir Square, untuk menyatakan pendirian mereka.

Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu berkata demikian mengulas tindakan JAWI mengheret institusi masjid dalam cubaan membatalkan perhimpunan BERSIH 2.0 pada minggu hadapan.

"Ini khutbah yang dipolitikkan. Jawi sepatutnya tidak buat begitu. Mereka perlu tahu apa tujuan (Bersih) dahulu dan merujuk kepada ahli ulamak. Ini dia buat sesuka hati sahaja.

"Ianya digunakan oleh (universiti) Al Azhar di Mesir untuk khutbah supaya melarang rakyat keluar ke Tahrir Square," ujar beliau ketika dihubungi Tv Selangor petang tadi.

Beliau berkata JAWI sepatutnya memelihara institusi agama Islam Malaysia bukannya diperalatkan rejim Umno-Barisan Nasional (BN) untuk menyebarkan fitnah tanpa merujuk pandangan ulama-ulama seluruh negara.

Masjid- masjid di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya hari ini dibekalkan teks khutbah Jumaat yang dipercayai mempunyai unsur menuduh penganjur Bersih sebagai “pengkhianat”.

Selain itu, teks yang dibacakan oleh imam-imam itu turut membayangkan peserta himpunan itu “akan bertindak ganas, merosakkan harta benda... malah sanggup mencederakan pasukan keselamatan".

Antara lain teks yang bertajuk “Memelihara Nikmat Keamaman” itu turut menuduh golongan yang akan menyertai program Bersih hanya memperjuangkan kepentingan diri.

Ia turut mendakwa Himpunan Bersih 2.0 berselindung di sebalik perjuangan hak asasi manusia dan politik untuk “meniru” keganasan di negara asing demi menekan pemerintah.

PEJUANG REVOLUSI 1957 : MAT SABUN MAHUPUN PAS PATUT TAHU BAHAWA PERHIMPUNAN NIE TAK BAWA FAEDAH PUN.. MAT SABUN DAN PAS SNDRI MEMBUTAKAN MATA DAN SANGGUP MELIHAT PERGADUHAN SESAMA ISLAM.. ISH3.. APA PUNYA PARTI ISLAM NIE?? KATANYA NK TEGAKKAN ISLAM TAPI ISLAM ADA AJAR KE KEGANASAN NIE??? ISH3.. MUDAH - MUDAHAN JUMPA JUA PINTU TAUBAT..

1 ulasan:

  1. Kelmarin lagi gua dah kasi tau, ini adalah Khutbah Jumaat yang PAS PKR DAP Kristian dan Yahudi tak sanggup nak dengar.

    PAS dulu kata BOIKOT barangan yahudi KERANA yAHUDI MENENTANG iSLAM. Sekarang PAS bersekongkol dengan Yahudi, Kristian dan Komunis untuk jatuhkan sebuah kerajaan Melayu Islam. Bermakna PAS sekarang sama macam Yahudi, Kristian dan Komunis. Jadi kita patut BOIKOT apa sahaja yang berkaitan PAS terutama barangan keluaran PAS kerana PAS BUKAN ISLAM DAN menentang ISLAM. Afterall PAS kan dah isyhtihar keluar negara ISLAM.

    Lagipun barangan mereka diragui dari segi kesihatannya.

    Sokong barangan keluaran Islam lain yang lebih bersih dan ikhlas dalam business.

    BalasPadam