Isnin, 28 Mac 2011

~ sejarah politik presiden of republic MALAYSIA ??


Bagaimana Tun melihat Datuk Seri Anwar sejak beliau menyertai politik dan masa depan sebagai pemimpin pembangkang serta kes liwat yang dihadapinya?

TUN DAIM: Tun Dr. Mahathir membawa Anwar masuk UMNO di awal tahun 1982, sebaik saja beliau menjadi Perdana Menteri. Sejak itu saya kenal Anwar. Ini kerana Tun Dr. Mahathir menyokong Anwar di semua segi, Anwar naik dengan mendadak dalam kerajaan, dari Timbalan Menteri hingga Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dalam jangka kira-kira 10 tahun saja. 

".............Dalam UMNO pula dia naik dari Ketua Pemuda UMNO hingga ke Timbalan Presiden pada jangka masa yang sama. Semua ini termungkin kerana Tun Dr. Mahathir melihat Anwar sebagai calon utama untuk ganti beliau bila tiba waktunya. Jadi ketika itu seluruh jentera di belakang Presiden UMNO juga bergerak serentak menyokong Anwar. Tanpa Tun Dr. Mahathir dan jentera UMNO di belakangnya, Anwar..............."


Tiada ulasan:

Catat Ulasan